Pelantun lagu Meluruh, Datin Alyah rupa-rupanya hebat memasak. Boleh kita tengok tadi macam mana lincahnya beliau di dapur bersama Chef Wan dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan. Selain pandai menyanyi, pandai juga memasak.
Lauk Tauhu Taucu ni kelihatanya berbeza dengan lauk taucu yang lain. Rare sungguh, kan? Tapi nampak sedap betul. Dengan kuah santannya, daging yang diperap dengan halia. Uisyhhhhh sedaplah. Tak sabar nak cuba.
Begitu juga dengan hidangan pencuci mulut, bubur kacang hijau. Simple tapi tetap nampak sedap.
PENGGAMBARAN MENGHIBURKAN
Walaupun diusik-usik dengan soalan berbisa daripada Chef Wan, Alyah tetap senyum sambil memasak hidangan yang tersedia atas dapur. Tampil cantik dengan baju kurung moden dan tudung satin, Alyah tak kekok langsung di dapur.
IKLAN
Diusik oleh Chef Wan, Alyah tetap tekun memasak.
Alyah menghafal skrip yang disediakan.
IKLAN
Menarik rancangan RASA Nostalgia Ramadan bersama Alyah tadi kan? Jom kita tengok resipi yang Alyah masak tadi. Jangan lupa cuba di rumah ya.
TAUHU TAUCU
BAHAN-BAHAN
3 cm halia
1 kg daging (hiris nipis)
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih
1 labu bawang holand
Taucu secukupnya
5 biji tahu (dibelah dua)
Garam secukupnya
3 cawan santan
1 biji tomato
3 tangkai cili besar (hijau atau merah pun boleh)
Air asam jawa secukupnya
2 biji telur ayam
IKLAN
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk halia. Kemudian lumur pada daging. Perap dan ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih pula. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
3. Masukkan bawang holand yang dihiris nipis. Tumis lagi.
4. Masukkan taucu. Kacau sekejap.
5. Masukkan daging dan tauhu. Kacau lagi. Masukkan garam. Jangan banyak sangat sebab taucu dah masin.
6. Tunggu sampai air daging keluar.
7. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih.
8. Tomato dibelah 4. Kemudian masukkan dalam periuk.
9. Masukkan cili dan asam jawa.
10. Masukkan telur ayam. Kacau dan biarkan mendidih.
BUBUR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk kacang hijau
2 cawan santan + 1 cawan air
3 1 helai daun pandan (disimpul)
2 inci halia
Gula merah secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus kacang hijau sampai lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Masukkan santan dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan, halia, gula merah dan garam.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kacang hijau. Kacau sebati. biarkan mendidih dan matikan api.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.
Cuti sekolah sudah bermula. Sementara cuti sekolah ni masa untuk bonding dengan anak-anak dengan menyediakan masakan kegemaran mereka . Walaupun ringkas , pastikan ia tidak menjemukan mereka untuk menikmatinya. Bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Imelda Haris, Mac & Cheese. Buatnya sangat mudah , campak campak siap. Kalau dah ada resipi utama kita, mestilah kena ada resipi pencuci mulut tau. Krim Labu Manis yang sangat sedap dengan rasa lemak labu tu. alalalalala memang “terangkat” keenakannya tau!
Boleh cuba nanti ye semua.
Mac & Cheese Bahan-bahannya:
500g macaroni –direbus sehingga aldente
1 litre susu segar
2 cawan keju cheddar
1 cawan keju mozzarella
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
7 biji cendawan butang perang- dihiris nipis
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam dan lada hitam
Cara memasak:
1.Panaskan mentega dengan bawang putih sehinga wangi.
2.Kemudian masukkan tepung sehingga menjadi sedikit kuning keemasan.
3.Masukkan susu dan kemudian keju sehingga kuah pekat.
4.Masukkan lada hitam dan sedikit garam.
5.Seterusnya cendawan dan gaul rata.
6.Tuang macaroni dan gaul sebati.
7.Sedia untuk dihidang.
Krim Labu Manis Dan Kekacang
Bahan-bahannya:
½ biji isi labu kuning – direbus sehingga masak dan dilenyek 1 kotak kecil krim 1 tin susu cair Sedikit buah badam untuk hiasan
Cara memasak:
1.Masukkan susu cair, krim dan gula. Gaul hingga rata.
2.Masukkan isi labu dan pastikan sebati.
3.Setelah mereneh, kisar dengan hand blender sehingga krim labu halus. Tutup api.
4.Hidangkan dengan taburan badam di atas krim. Enak dihidang panas ataupun sejuk.
Setiap minggu Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi tiga resipi sedap, mudah dan senang dicuba oleh para penonton. Malah ianya dihasilkan mengikut cita rasa serta selera masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pada episod ke 11 ini, kedua-dua pengacara ini sekali lagi berkongsi tiga hidangan terbaik yang boleh anda hasilkan buat keluarga tercinta.
Resipi Uncang Udang Bersama Sos Manis, Pasta Angelhair Sotong Bersama Herba dan Roti Epal Crumble adalah yang menjadi pilihan. Oleh itu jika anda tidak sempat nak tonton atau salin resipi-resipi tersebut dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 11, tidak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh kesemua hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini kongsikan ni. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klikdisiniuntuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 10>>
1. UNCANG UDANG BERSAMA SOS MANIS
BAHAN-BAHAN:
Udang Cincang
Daging Ayam Cincang
1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
5 Ulas Bawang Putih
3-5 Batang Akar Ketumbar
1 Sudu Besar Sos Soya Cair
1 Sudu Besar Sos Ikan
Kulit Popiah
Daun Bawang
1 Cawan Sos Manis Thai
3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Cili Merah (Dicincang)
1 Sudu Besar Daun Ketumbar (Diracik)
CARA MEMASAK:
Campurkan isi udang dan isi ayam yang telah dikisar.
Masukkan sos ikan, kicap cair dan serbuk lada hitam, kemudian gaul rata.
Tumbuk akar ketumbar sehingga halus dan campurkan kedalam bahan mentah.
Isikan bahan mentah keatas kulit popiah dibahagian tengah.
Ikat uncang dengan menggunakan daun bawang yang telah dicelur.
Goreng uncang didalam minyak penuh yang telah panas sehingga kuning keemasan.
Untuk sos, campur sos manis Thai dengan bawang putih, cili dan daun ketumbar yang telah dicincang kesemuanya.
Siap untuk dihidang.
2. PASTA ANGELHAIR SOTONG BERSAMA HERBA
BAHAN-BAHAN:
1 Pek Pasta Angelhair
300g Sotong
1 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
½ Pek Daun Basil
½ Pek Daun Oregano
Mentega
Minyak Zaitun
Garam
Serbuk Lada Hitam
Cheese Parmesan
Chilli Flakes
CARA MEMASAK:
Rebus pasta selama 8minit sehingga el dente.
Tumis minyak bersama mentega, masukkan bawang besar, bawang putih, dan chilli flakes.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan pasta yang telah direbus.
Potong daun basil dan masukkan ke dalam kuali bersama daun oregano.
Taburkan keju diatas hidangan setelah siap masak.
Siap untuk dihidang.
3. ROTI EPAL CRUMBLE
BAHAN-BAHAN:
50g Mentega
150g Tepung Serbaguna
40g Gula Perang
15g Mentega
Epal (dipotong dadu)
50g Gula Perang
½ Sudu Kecil Serbuk Kayu Manis
25g Cashew Nuts
25g Kranberi Kering
Roti
200g Mentega Cair
CARA MEMASAK:
Mesinkan tepung, gula perang dan mentega hingga berderai.
Masak epal dengan mentega dan gula perang sehingga lembut.
Apabila lembut, masukkan serbuk kayu manis, kranberi kering dan cashew nuts.
Potong roti menjadi bersaiz dadu kecil.
Gaul roti dengan mentega cair.
Dalam bekas pembakar, lapiskan lapisan pertama dengan roti.
Lapiskan lapisan kedua dengan epal yang siap dimasak.
Lapiskan lapisan ketiga dengan tepung berderai yang telah disiapkan.
Bakar pada suhu 180’C selama 15minit.
Siap untuk dihidang.
LINK RESIPI PENUH SETIAP EPISOD RASA: KETUHAR KUALI
Seronok tengok gelagat artis Zarina Zainuddin dan anak bujangnya Azal Azrai di dapur. Memasak memang aktiviti yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang dua beranak ni. Satu minat dan citarasa yang sama.
So sweetlah Azal mengikut ibunya membeli bahan-bahan masakan dan ringan tulang ke dapur membantu Zarina. Masakan kali ini memang merangsang selera, iaitu Nasi Briyani Pakistan dan Lauk Kari Ayam . Memang kaw kaw lah sedapnya.
Jom semak resipinya…
NASI BRIYANI PAKISTAN BAHAN-BAHAN:
500gm beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
1/2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
2 biji buah tomato | potong dadu
50gm gm daun pudina
1/2 liter air
100ml susu cair
2 1/2 sudu makan minyak sapi
1/4 cawan kacang gajus | bakar atau panggang dahulu
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
200ml yogurt biasa
Garam secukup rasa
Beberapa titik pewarna kuning
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Minyak masak secukupnya
Bahan tabur :
Daun sup dan bawang goreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi. 2. Masukkan rempah briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu , setelah hancur tomato masukkan yogurt dan kacau . 4. Seterusnya masukkan air dan susu cair.Masukkan daun pandan dan biarkan mendidih sebentar. 5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun pudina. 6. Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya. 7. Taburkan daun sup dan bawang goreng di atas nasi bila dihidang
KARI AYAM
.
BAHAN-BAHAN : 12 ketul ayam | dipotong dari seekor ayam 2 biji kentang – potong 4 1 1/2 labu bawang besar saiz besar – hiris 6 ulas bawang putih – hiris 3 inci halia – hiris Air asam jawa secukupnya 1 kotak santan kotak Air secukupnya 10 sudu besar rempah kari Babas 2 sudu makan pes cili kering Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 1 pelepah daun kari Gula Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan. 2. Kemudian masukkan rempah kari dan pes cili kering, kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah dan cili tidak hangus. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang 3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih. 4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
Teruskan menonton rancangan Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Selasa, jam 1.00 tengahari,di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.