Tapai Pulut Manis Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Share

Memikirkan apa bau manis-manis?  Rupa-rupanya, bau tapai. Buat tapai ni kena pandai caranya. Silap cara tak menjadi. Simpan dalam peti dulu, esok makan. Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.

Tapai Pulut Manis

Bahan-bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)


-bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)

Cara memasak:
1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2jam.
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.

3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus)
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap.
5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)


6.Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut)

8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam besen)
10.Balut besen tersebut dengan kain.
Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.
Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.

InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.
Selamat mencuba.

Kredit : Siti Norizan‎

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

IKLAN