
Kuih talam memang digemari ramai. Kalau ke pasar malam macam macam jenis talam yang anda boleh pilih. Tapi sekarang kerana PKP, kuih talam yang biasa dijual tidak pula kelihatan. Teringin pula nak makan kuih talam ubi kayu. Dek kerana nak makan, kenalah gigihkan diri beli ubi kayu.
Talam Ubi Kayu
Bahan-bahan:
Lapisan bawah
2 cawan ubi kayu. Parut. Perah. Jangan buat air perahan lagi..Buang bahagian atas air,Ambil mendapan saja. Gaul dengan ubi yang diperah tadi.
Gaul ubi dengan mendapan dari perahan ubi tadi
11/2 cawan gula kastor
Pewarna kuning
1 cawan santan pekat
½ cawan santan cair.
Cara buat:
1.Gaul sebati semua.
2.Masuk dalam periuk masak hingga santan nampak sikit pekat ,tutup api.
3.Panaskan kukusan.
4.Tuang masuk dalam loyang
5.Sapu minyak dulu Loyang, kemudian lapik plastik
6.Tuang adunan dalam loyang
7.Kukus 30minit
Lapisan atas
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
11/2 cawan santan cair
Sedikit garam
1 biji telur – tak nak letak pun tak apa
Esen vanilla
Cara buat:
1.Masuk semua bahan dalam satu bekas
2.Kacau sebati.
3.Tapis masuk periuk
4.Masak atas api sederhana.
5.Kacau hingga nampk pekat
6.Tutup api
7.Tuang atas lapisan ubi tadi
8.Kukus 25minit
9.10minit sekali angkat tudung kukusan supaya air tak menitik atas lapisan.
Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru dipotong.
Kredit:ieda Iedaa Jahaya
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Cara Buat Kaya Ball Guna Acuan Takoyaki. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu
https://www.rasa.my/tak-berkunjung-ke-mana-pun-makanlah-maruku-rangup-kat-rumah-cuti-deepavali-ini/
Seri Muka Kacang Merah Teksturnya Lembut &Kenyal. Rasa Kacang Merah Memang Tak Jemu Makan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Sajian Mudah Yang Boleh Anda Masak Guna Rice Cooker Di Saat Gas Masak Habis!

Periuk nasi elektrik memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.
Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni. Biasanya bagi pelajar-pelajar universiti, memang biasa sangatlah masak menggunakan periuk nasi ni. Kadang-kadang pelbagai menu yang kita fikir agak susah nak masak, boleh dihasilkan. Ada sahaja idea kreatif yang terhasil. Maklumlah, nak jimat duit belanja.
Bagi geng mak-mak, idea masak menggunakan rice cooker ni pun anda boleh cuba. Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda.
Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. BIHUN CELUP SIAM
BAHAN -BAHAN:
- 1 bungkus bihun| dicelur
- Sedikit sawi | dicelur
- Sedikit kubis | dihiris halus
- Sedikit tauge
- Sedikit daun sup | dihiris
- Limau nipis
- Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
- Bawang goreng secukupnya
- Sambal kicap secukupnya
- Emping cili | jika suka
BAHAN SUP:
- 1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
- 1 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 2 inci halia | dikisar
- 1 batang serai | dititik
- 1 bungkus sup bunjut
- 1/2 cawan sos ikan
- 1/2 cawan kicap manis
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sup, panaskan periuk nasi. Kemudian masukkan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
- Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan sehingga mendidih.
- Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
- Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
2. SPAGETI SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 200gm spageti | dicelur
- 150gm campuran makanan laut
- 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh emping cili
- 1/2 sudu teh oregano
- 2 sudu makan mentega
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Letakkan periuk nasi dan tekan on. Masukkan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak. Tutuip periuk jika perlu.
- Tambahkan spageti. Gaul rata.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan asparagus. Gaul rata. Tutup periuk dan biar hingga asparagus masak.
- Sedia untuk dinikmati.
3. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih ] cincang
- 1 biji bawang besar ] cincang
- 3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang ] potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Biarkan panas dan tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang 5-8 minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit lagi minyak dalam periuk, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang dua minit.
- Masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup periuk. Biar udang masak bersama daun bawang tadi. Kacau sekali sekala.
- Setelah udang kelihatan masak dan daun bawang layu, angkat dan dihidangkan panas-panas.
4. TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji telur
- 2 ketul ubi kentang
- 2 biji bawang merah
- 50gm tepung gandum
- ½ sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh cincangan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk nasi, masukkan sedikit minyak.
- Masukkan kentang yang telah dipotong kecil. Masak hingga lembut. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang yang telah disejukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
- Panaskan kembali periuk, letak mentega dan minyak sedikit.
- Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
5. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 5 biji bawang merah | kisar tanpa air
- 2 ulas bawang putih |kisar tanpa air
- 5 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Bawang perlu dikisar tanpa air bagi mempercepatkan ia garing.
6. MAKARONI GORENG KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 500gm makaroni
- 2 tin sos Cheese & Herbs prego
- 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
- 1 biji lada benggala ( merah & hijau)
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 paket sosej ayam | hiris
- 2 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
- Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika.
- Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
- Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
- Masukkan makaroni yang telah direbus.
- Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
- Seterusnya masukkan lada benggala.
- Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Tutup periuk seketika supaya keju cair.
- Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
7. KERABU SOTONG SIAM KAP KUN KAP
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | potong kecil
- 1 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah |mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
- 1 sudu makan air perahan limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dididhkan air di dalam periuk nasi kemudian celur sotong hingga masak. Toskan airnya.
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
8. SINGGANG AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 1/4 ekor ayam (potong kecil, dibersihkan dengan jus limau, bilas dan ditoskan)
- 5 ulas bawang putih – diketuk
- 2 batang serai – dititik
- 1/4 bawang besar- dihiris
- 1/4 batang lobak merah- dipotong kecil
- 4 helai daun limau purut ( tak letak pun takpe)
- 2 inci halia – diketuk
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji tomato- dipotong
- 5 biji cili api – diketuk @ dipotong.
- Air secukupnya
- Garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, bawang putih, halia, ayam, daun limau purut, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan hingga mendidih dan ayam empuk.
- Masukkan tomato, cili api, lobak merah dan garam. Biarkan didih seketika.
- Siap dihidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, sayur @ ulam dan telur dadar.
9. SAMBAL UDANG GORENG KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang
- 5 batang kacang botol |hiris tebal
- 1/2 biji perahan jus limau nipis
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 4 biji bawang merah
- ½ sudu teh belacan
- 1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata. Tutup periuk seketika.
- Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dinikmati.
10. ASPARAGUS BERSOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 600gm asparagus |potong
- 1 biji bawang besar |hiris
- 3 ulas bawang putih |hiris
- 10 biji cili api | hiris
- 50gm udang kering
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api. Biarkan kekuningan.
- Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau rata.
- Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.
SELAMAT MENCUBA!
Cara Buat Kacang Tanah Salut Tepung Yang Sedap & Rangup.

Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-
Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.
Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.
Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu.
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
KACANG TANAH SALUT TEPUNG :
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang tanah| sangai, biarkan dingin dulu
- 2 biji telur
- 4 sudu makan margarin, dicairkan
- 150gm gula halus
- 6 ulas bawang putih | kisar halus
- 1/2 sudu teh garam
- 500 gram tepung gandum
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
- Campurkan telur, margarin, bawang putih, gula halus dan garam lalu kacau sampai rata.
- Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata.
- Gaulkan ke dalam bekas yang berisi tepung, gunakan tapak tangan agar tidak bergumpal.
- Gunakan penapis sambil diayak supaya tepung rata.
- Lakukan berulang kali dan berselang seli dengan telur dan tepung hingga 3-4 kali untuk menghasilkan ketebalan yang sempurna.
- Goreng menggunakan minyak panas di atas api sederhana hingga warna kecoklatan.
- Angkat lalu toskan, setelah sejuk simpanlah dalam bekas kedap udara.
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya

Enaknya jika dapat makan Sotong Stim Limau ala Thai yang dikongsi oleh saudari Ayadieeya ni. Nampak sangat menyelerakan malah bahan-bahannya juga mudah sahaja. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Malah sosnya juga boleh digunakan untuk sajian Ikan Siakap Stim Limau. Wow… Padu ni. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SOTONG STIM LIMAU ALA THAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 – 1kg sotong
7-8 ulas bawang putih (boleh lebihkan) – cincang halus
8-9 biji cili padi – cincang (kalau tak nak pedas, kurangkan)
3 biji limau nipis
Daum ketumbar – potong
1/2 – 1 kiub pati ayam – beli online disini
1 cawan air
3 sudu makan kicap sotong – beli online disini
2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Kukus sotong dalam 7 minit hingga isinya masak. Jangan letak air dalam bekas sotong masa mengukus. Bila masak, angkat. Air sotong boleh dibuang.
2. Untuk membuat sos, panaskan 1 cawan air kemudian masukkan kiub pati ayam dan gula. Kemudian tutup api dan biarkan suam.
3. Kemudian bolehlah masukkan cili, bawang, jus limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
4. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa masing-masing.
5. Akhir sekali, tuang sos ke atas sotong yang teah dikukus tadi.
6. Sotong Stim Limau Ala Thai siap dan sedia untuk dinikmati.
7. Sos ini juga sesuai untuk hidangan Siakap Stim Limau.
Kredit resipi & foto: Ayadieeya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Cili Hijau Petai. Sekali Cuba Gerenti Makan Bertambah
Mudah, Sedap & Tak Banyak Bahan. Resipi Ayam Serai Ala Restoran Thai
Teringin Nasi Arab? Jom Cuba Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official