Tak Perlu Perap 4 Jam, Ini Resipi Kek Sarang Semut Kesukaan Ramai

Share

Kek sarang semut yang juga dipanggil sebagai kek gula hangus tentu sahaja menjadi pilihan orang ramai. Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk dibuat, tetapi bila dimakan ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga. Kali ini, RASA akan kongsikan satu resipi kek sarang semut yang tidak perlu perap selama 4 jam. Resipi ini dikongsi oleh Aezach AR. Ayuh kita bongkar resipinya.

 

RESIPI KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT

(tak perlu perap 4 jam)

 

Loyang 7 X 7 inch

 

BAHAN A

  • 300gm gula pasir
  • 300gm Air Panas
  • 125gm Butter – sejuk
  • 5 titik butter compound
  • 5 titik vanilla compound

 

CARA-CARA

  1. Cairkan gula di dalam periuk – sehingga perang gelap.
  2. Kemudian tuang air panas dan biarkan air gula hangus menggelegak
  3. Masukan butter yang di potong-potong kecil bersama vanilla compound dan butter compound – ketepikan

 

BAHAN B

  • 300gm Telur ( 6 biji telur size B ) – saya gunakan yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
  • 200gm Susu Pekat Manis – sejuk sebab simpan dalam peti sejuk

 

BAHAN C

  • 175gm Tepung Gandum
  • 25gm Tepung Ubi
  • 8gm Baking Soda

– Ayak 3 kali

 

CARA-CARA

  1. Kacau telur dan susu bersama menggunakan whisk . Tak perlu kembang pun. Cukup untuk sebati.
  2. Tuang 1/3 adunan air gula Karamel tadi – suam ke dalam campuran telor/ susu tadi dan pukul menggunakan whisk sehingga berbuih.
  3. Masukkan 1/2 bahagian tepung kemudian kacau lagi.
  4. Masukkan 1/3 bahagian Air Gula Karamel tadi. – kacau
  5. Habiskan campuran tepung dan Air gula karamel dan kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian tapis ke dalam bekas lain.
  7. Leserkan loyang yang panas dengan minyak / non stick grease spray.
  8. Tuang ke dalam loyang yang panas dan kecilkan api.
  9. Panggang di atas api dapur sehingga kering dan belubang di permukaan.
  10. Masukan ke dalam oven yang dipanaskan pada suhu 150 darjah – api atas dan bakar sehingga masak.
  11. Sejukkan dan potong kek secara melintang.
Permukaan kek yang di panggang di atas api dapur

 

Kek yang hampir kering

 

Selepas di bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah – api atas

 

 

NOTA:

1. Saya gunakan bekas pemanggang seperti gambar di bawah.. ntah bila bawak balik dari surabaya.😂😂😂.. lapikkan alumunium foil kemudian letak batu kerikil kecil. Saya pakai batu akuarium. Kemudian lapik sekali lagi dengan alumunium foil. Jika tiada boleh gunakan periuk sebagi ganti.

Loyang yang sudah siap di lapik

 

Batu yang di tutup dengan alumunium foil

 

Batu akuarium beli kat kedai 2 hengget

 

2. Cara yang saya gunakan tidak perlu peram 4 jam kerana method campuran suhu panas ( air gula karamel ) bersama dengan telor/ susu yang sejuk. Kesan campuran pada suhu yang suam akan meyebabkan protin pada telor akan stabil dan juga soda bikarbonat “bekerja” dengan mengeluarkan karbon dioksida secara cepat.

3. Jika di lihat pembuatan kek gula hangus / sarang semut yang klasik, orang dahulu menggunakan peralatan asas seperi periuk, pemukul telur, loyang bingka ataupun oven hitam cap rama2. Suhu semasa memnaggang memainkan peranan ketika pembakaran.

4. Suhu yang sekata dari batu yang panas ketika memanggang akan menyebabkan “tunnel” di hasilkan dari tindak balas bahan penaik.

5. Jika dibakar di dalam oven terus akan menyebabkan permukaan kek masak – “protein coagulate” dan karbon dioksida tidak dapat melepasi pada penghujung tunnel – permukaan kek.

Finishing – bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah selsius – api atas

6. Saya simpan kek ni dah dekat seminggu.. makin lama makin lembap dan rasa vanilla / butter compound enhance rasa kek gula hangus / sarang semut.

 

KREDIT RESIPI & FOTO: AEZACH AR

 

Nak try buat Kek Sarang Semut ni tapi tak ada oven? RASA kongsikan seleksi ketuhar terbaik pada harga mampu milik yang boleh anda cuba. Nanti bolehlah masak macam-macam. Boleh pilih DISINI ikut bajet anda.

 

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN