Tak Membazir! Cara Mudah Buat Puding Roti Sos Kastard Guna Bekas Cup Cake.

Share

Idea bernas dan berinovasi bila jamu tetamu puding roti guna bekas cup cake. Tidak perlu takut jika bekas jadi sememeh kalau buat dalam loyang atau bekas dan menyukarkan tetamu untuk ambil. Sangat mudah bila membakarnya di dalam bekas cup cake. Cuma curahkan sos kustard di dalam cup tu dah boleh makan. Sesuai utnuk majlis keraian, selamat mencuba!

RESIPI PUDING ROTI CUP CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 13 keping roti (satu bungkus roti)
  • 1 kotak kecil kismis
  • *3 cawan fresh milk
  • *4 sudu besar gula
  • *2 sudu besar mentega
  • *2 biji telur
  • *1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  • Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam besen atau mangkuk besar.
  • Kacau bahan tu guna whisk.
  • Koyakkan roti dan masukkan semua dalam mangkuk tadi.
  • Rendam sekejap roti tadi dan biar ia meresap seketika.
  • Sediakan bekas cup cake, dan masukkan bahan tadi ke dalam bekas.
  • Taburkan kismis di atasnya..terpulang nak taburkan coklat chip dan sebagainya pun boleh.
  • Panaskan dulu oven 200C dalam setengah jam.
  • Bakar puding roti dengan sushu 200C selama 50 minit sampai masak. Api atas bawah.
  • Sementara menunggu masak boleh buat sos kustard!

 

SOS KASTARD

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

CARA MEMASAK:

Semua bahan tu masuk dalam periuk dan sentiasa kacau. Pastikan api kecil sahaja dan kacau sampai pekat. Siap!

 

Kongsi gambar: Cik Lyne

Resipi asal: cikepal06.blogspot.com

 

 

 

 

IKLAN