Mewah betul dengan warna-warni Bubur Candil ini ya! Bubur Candil antara sajian menu pencuci mulut yang bukan sahaja ‘sedap mata memandang’ tetapi juga enak untuk dinikmati. Buat mak-mak yang hendak memancing selera anak-anak untuk makan, bolehlah cuba masak Bubur Candil ini. Berikut resipi dan cara-cara membuat Bubur Candil seperti yang dikongsikan oleh Alin Danial
RESIPI BUBUR CANDIL
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut –BELI ONLINE Santan cair secukupnya 1 1/2 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 1/2 sudu besar gula halus (optional) –BELI ONLINE 2-3 liter air untuk merebus 2 helai daun pandan – masukkan dalam air untuk merebus 2 liter air sejuk untuk merendam selepas direbus
BAHAN KUAH SANTAN:
1000 ml santan 100-150 gm gula pasir (ikut suka nak manis atau kurang manis) 2-3 sudu besar sagu (optional) direndam dengan air panas 1 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan disimpul 2 sudu teh tepung ubi/jagung (optional) larutkan dengan air
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Satukan tepung pulut, garam, gula. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit, hingga menjadi doh yang tak melekat ditangan.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.
3. Gentel bulat-bulat sampai habis.
4. Didihkan air bersama daun pandan sehingga menggelegak dalam periuk. Masukkan bebola tepung dan masak hingga timbul di permukaan.
5. Angkat guna penapis dan rendamkan dalam bekas berisi air sejuk.
KUAH SANTAN:
1. Masak santan, gula, garam dan daun pandan, sagu hingga mendidih.
Ads
2. Kemudian boleh masukkan tepung ubi/jagung untuk memekatkan. Tidak perlu letak jika sudah masukkan sagu biji.
3. Toskan bebola tepung dalam air sejuk tadi dan masukkan ke dalam santan. Kacau sekejap dan tutup api.
Apa kata kalau ada masa nanti korang cuba hasilkan Souffle Pancake ni, nampak gebu, lembut dan terasa kesedapannya. Boleh pikat hati si dia!
Souffle Pancake
Bahan-bahan:
Batter
4 putih telur
2 kuning telur
1/3 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
2 3/4 sudu susu segar
Splash ekstrak vanila
4 sudu besar gula pasir
Jus lemon
Minyak, untuk kuali
Untuk menghias:
Krim putar
Sirap maple
Gula icing
Mint
Beri campuran
Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga betul2 kembang dan ringan, kemudian masukkan gula pasir dan teruskan pukul sehingga sebati.
Dalam mangkuk besar, pukul bersama-sama bahan adunan yang lain. Masukkan sepertiga dari meringue ke dalam adunan pada satu masa.
Atas api yang perlahan panas kan minyak dlm kuali, kemudian masak kira-kira 1 cawan adunan pada satu masa. Masak selama 6 minit, kemudian flipkannya apabila sedikit kecokelatan.
Teruskan memasak selama 15 minit sehingga dimasak.
Hidangkan dengan buah-buahan dan topping kegemaran anda.
Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah guna resipi perkongsian saudari Aisyah Azhar ni. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat. Boleh makan puas-puas! Jom cuba. Kalau tak habis, boleh juga frozenkan dan nikmati bila-bila masa.
CARA BUAT AISKRIM GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.
3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng.
4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.
5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas. 6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.
Sedapnya Agar-AgarKering. Dulu-dulu, bila tiba musim nak raya je, ni lah antara kudapan yang nenek serta mak-mak kita duk buat. Cantik je bila disusun dalam balang kuih. Anda nak belajar buat? Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Auni Azalia ini. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR-AGAR KERING TRADISI
BAHAN-BAHAN:
200gm agar-agar tali
1kg gula batu
3kg gula pasir
5 liter air ( sukat dengan botol mineral 1liter )
Pewarna makanan
CARA-CARA: 1. Rendam agar-agar tali sekejap di dalam air supaya lembut. 2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar-agar tali yang sudah dibasuh tadi. 3. Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir. 4. Masak guna api sederhana hingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya. 5. Bahagikan cecair agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan.
6. Tuang ke dalam loyang yang sesuai dan sejukkan hingga beku. 7. Setelah agar-agar beku, potong guna pemotong agar-agar dengan ketebalan sederhana.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...