Susu Rosak & Tak Boleh Minum? Ini Cara Untuk Jadikannya Keju Cottage Homemade!

Share

Pernahkah terjadi bila anda membeli susu segar atau susu penuh krim yang masih belum tamat tempoh tetapi terasa masam apabila hendak diminum? Pasti kecewa bukan? Namun jangan buang! Susu tersebut masih boleh diolah menjadi Keju Cottage yang enak. Barulah tidak membazir. Jom lihat cara-cara yang dikongsi oleh saudari Eyda Sukiman.

CARA-CARA BUAT KEJU COTTAGE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
Susu segar / susu penuh krim – tidak semestinya susu rosak. Boleh juga guna susu yang masih segar
2 sudu makan cuka (beli online disini)


Cheese cloth @ kain untuk tapis keju
Garam (beli online disini)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes empunya resipi ni, susu dibeli sudah rosak. Jadi untuk tidak membazir, beliau jadikan sebagai keju.

2. Bila susu sudah mula nampak mendidih dan sedikit berketul, tambahkan cuka. Jika tiada, boleh gantikan dengan perahan lemon.

3. Setelah dimasukkan cuka, kacau-kacau sekejap supaya ketulan keju terapung. Waktu ini ada akan 2 lapisan. Bahagian bawah adalah air dan bahangian atas adalah ketulan keju. Padamkan api.

4. Ambil kain tapis / penapis, (empunya resipi guna kain lampin bersih) kemudian tuang campuran keju tadi.

5. Pastikan air betul-betul sejat. Boleh juga diperah hingga air betul-betul kering. Waktu ini keju dalam bentuk ketulan @ gumpalan yang sempurna dan tidak berderai.

6. Masukkan keju kembali ke dalam kain dan rendam ketulan keju dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. (empunya resipi tidak rendam. Beliau masukkan garam dalam susu)

7. Perah keju sekali lagi bagi membuang lebihan air garam.

8. Keju Cottage siap untuk dinikmati.

INFO:

  • Keju ini mempunya rasa yang sedap dan lemak berkrim.
  • Ia boleh dinikmati bersama roti, dijadikan sandwich, pizza, kek, topping salad dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
  • Boleh juga dimasukkan ke dalam kari. Sedap katanya.
  • Cara penyimpanannya ialah disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lebih kurang seminggu.

 

Kredit resipi & foto: Eyda Sukiman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN