Buat biskut tanpa guna telur ayam? Boleh ke? Itulah antara persoalan yang bermain di fikiran apabila dikatakan ada biskut boleh dihasilkan tanpa menggunakan telur ayam. Yalah, selalunya dalam proses baking, telur ayam adalah bahan utama.

Namun, tiada yang mustahil bagi Hafidzah Md Zin yang mengusahakan biskut dengan jenama Manda Krunch. Hafidzah atau mesra dipanggil Fizah menjelaskan bahawa niat asalnya mengusahakan biskut tanpa telur adalah untuk menjamu anak-anak saudara yang ada alahan teruk. Jika diletakkan telur sekalipun, bukan telur biasa sebaliknya telur berkualiti bagus iaitu telur omega.

“Saya ada anak saudara yang alami eczema teruk dari kecil sampailah besar. Mereka memang tak boleh makan telur ayam biasa. Banyak makanan yang mereka tak boleh sentuh. Jadinya bila saya hasilkan cookies ni, memang dah niat nak mereka yang ada masalah eczema dapat makan biskut juga macam kanak-kanak lain,” ujar Fizah.

Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur
Fizah ingin setiap insan dapat menikmati makan biskut yang sedap termasuk yang ada alahan dengan telur ayam.

Kebetulan pula pada hari ini masalah bekalan telur agak kritikal. Justeru, dia tidak begitu terkesan kerana biskut yang dihasilkan olehnya memang tidak menggunakan telur dalam penghasilannya.

IKLAN

“Memang sangat mencabar bila bercakap soal telur pada hari ini. Kadang-kadang terpaksa mencari lebih lima tempat untuk beli telur. Saya juga terpaksa menunggu stok telur di kedai. Tapi semua itu tidaklah mematahkan semangat saya terus hasilkan cookies untuk pelanggan setia kami. Disebabkan ada kekangan dengan masalah stok telur, memang kami buat keputusan untuk terus fokus menghasilkan banyak lagi cookies eggless selain biskut Blackout yang kami ada,” katanya.

Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur
Biskut ini dinamakan Blackout dan tidak menggunakan telur ayam sebagai bahan asasnya.

SESUAI UNTUK YANG ALAH DENGAN TELUR

Menurut Fizah, ada individu yang berdepan dengan alahan tidak boleh makan telur ayam biasa atau telur itik. Justeru biskut Manda Krunch amat sesuai untuk golongan tersebut.

“Mungkin ada ibu bapa yang tak buat ujian alergi kepada anak. Jadinya mereka tidak peka yang anak mereka alah kepada telur ayam biasa. Apabila adanya cookies gunakan telur omega ataupun cookies yg eggless ini, memudahkan mereka untuk sama-sama dapat rasa makan biskut seperti anak-anak yang lain,” ujar Fizah.

Harga biskut yang menggunakan telur omega juga tidaklah terlalu mahal. Walaupun telur omega harganya lebih mahal berbanding telur biasa, namun Fizah masih menawarkan harga berpatutan.

IKLAN
Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur
Nampak menyelerakan!

“Harga yang kami tawarkan sangatlah berpatutan walaupun kami tahu telur omega lebih mahal harganya di pasaran berbanding telur ayam biasa. Kami juga gunakan telur omega yang bersaiz besar untuk dapatkan bentuk cookies yang cantik. Selain itu, bahan premium yang kami gunakan termasuk tepung dan coklatnya. Kami gunakan hanya gula perang lembut untuk dapatkan rasa yang lebih sedap,” tambah Fizah.

Manda Krunch mempunya tiga jenis biskut iaitu Walnut, Classic dan Blackout. Produk ini dijual pada harga bermula daripada RM18 hingga RM22 satu balang.

Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur

IKLAN

Berpengalaman dalam bidang pembuatan biskut sejak Disember 2021, Manda Krunch kini mulai mendapat perhatian para peminat biskut. Apatah lagi biksut keluarannya dikatakan sama cita rasanya dengan biskut terkenal.

“Saya baru sahaja menceburi bidang ini. Saya mula buat cookies pada Disember 2021 dengan niat pada mulanya untuk cover perbelanjaan bisnes yang lain. Akhirnya, bila mula dapat banyak tempahan dan jualan pun memberangsangkan,saya mula fokus untuk kembangkan bisnes cookies ini pada tahap yang lebih serius. Biskut tanpa telur atau menggunakan telur omega juga mendapat perhatian daripada golongan yang ada alahan dengan produk yang mempunyai telur,” katanya menutup bicara.

Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur
Biskut dibungkus dalam saiz mini untuk doorgift.
Susah Dapat Bekalan Telur, Manda Krunch Hasilkan Biskut Tanpa Guna Telur
Bakul kegembiraan, sesuai dijadikan hadiah untuk insan istimewa.

Produk Manda Krunch boleh dibeli dengan melayari laman instagram http://www.instagram.com/mandakrunch atau facebook http://www.facebook.com/MandaKrunch

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI