Sup Tulang Rawan Berempah Sedap Sampai Menghirup Kuah

Share

Masak sup kalau kena rasa memang menghirup kuah dibuatnya. Nak masak sup tulang pastikan tulang direbus dengan lembut. Sebaiknya masak guna periuk tekanan tinggi lagi cepat siap. Sup yang ditumis dengan rempah ratus memberi aroma yang enak dan sedap untuk dinikmati.

SUP TULANG RAWAN BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :-

8 ketul tulang rawan

1 bungkus sup bunjut sup tulang

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu besar rempah sup

1 batang serai

Rempah 4 sekawan

Kentang

Lobak merah

Batang sadri

Daun bawang

Daun sup

Daun ketumbar

1 biji tomato

1 biji limau nipis / 3 biji limau kasturi

Bawang goreng

Serbuk lada hitam

Perasa garam & gula

Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:-

  1. Di dalam periuk rebus tulang bersama bawang & halia yang ditumbuk kasar beserta serai dan rempah 4 sekawan juga serbuk lada hitam
  2. Rebus sehingga tulang empuk
  3. Masukkan kentang, lobak merah & tomato serta batang sadri
  4. Di dalam periuk yang lain, tumis serbuk rempah sup sehingga pecah minyak
  5. Selepas rempah sudah pecah minyak, masukkan rempah tersebut ke dalam periuk rebusan tulang tadi dan kacau hingga sebati
  6. Sesuaikan rasa
  7. Perahkan air limau. Setelah sup sudah masak, masukkan hirisn daun bawang, daun sup, daun ketunbar dan bawang goreng.
  1. Sedia untuk dihidangkan

Saiz hidangan: 4 orang

Waktu memasak: 30 minit

Cara memasak: Tumis dan reneh

Jenis masakan :Lauk pauk

Keistimewaan: Pedas dan wangi

Anggaran kos :RM18

Tip :- Sup ini sedap di makan bersama cili kicap bersama bawang putih.

Kredit : Rozelkitchen

 ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.

IKLAN