Sup Tulang Enak DiHirup Panas, Gerenti Tak Cukup Semangkuk

Share

Dah fikir nak masak apa untuk makan malam? Tulang dan daging korban pun masih banyak, jadi boleh kita buat sup tulang.Cukup bahan-bahannya, memberikan aroma yang enak pada sup tulang ni.Cara yang ditunjukkan ini dimasak secara manual bagi yang tidak mempunyai pressure cooker.

 

RESIPI SUP TULANG SEDAP 

BAHAN-BAHAN 1:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • 2 ketul halia
  • 1 sudu ketumbar

**bahan ni dikisar sampai halus.

 

BAHAN-BAHAN 2:

  • 3 batang sadari
  • 1 batang lobak merah

**ni pun dikisar sampai hancur

BAHAN-BAHAN 3:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang(dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar(dibelah 4)
  • Air

 

Dapatkan LA GOURMET MACARON COLLECTION 1.5L GLASS BLENDER MINT GREEN dengan harga diskaun DISINI!. Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3.Kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

2.Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi menjadi empuk.

3.Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.

4.Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

 

Kredit: Fazniza Razali

 

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN