Ketika demam, selalunya kita kurang selera makan. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
SUP TELUR
Ads
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
Ads
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
Biasa makan nasi ada telur goreng mata, nikmat sungguh rasanya.Tidak kurang juga yang suka makan telur sarang. Makan laksa ada telur sarang di atasnya barulah lengkap. Ada cara nak menghasilkan telur sarang agar ia jadi sempurna. Boleh ikut cara berikut untuk menghasilkannya dengan jaya.
CARA BUAT TELUR SARANG
Bahan-bahan: 1 biji telur 2 ½ sudu besar air putih/paip Garam pink- sikit kalau nak Minyak yang banyak
Cara membuat: 1.Panaskan kuali dengan api yang besar, tuang minyak yang banyak.
2.Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan laju sampai berbuih-buih telur 3.Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali lalu merebak ke seluruh minyak. 4.Tutup api besar/kecilkan api. 5.Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
6.Terbalikkan lagi sekali bila dah garing. angkat dan toskan.
37748834_10216682840813233_443778432162070528_n
7.Kalau tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan waktu memasak. Kredit:Yaya Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak cuba tak tau rasa, tapi bila dah cuba tak cukup sebiji ye menu Telur Air Asam ni. Sesuai sangatlah bila tekak dah bosan dengan menu rendang kari dan segala macam makanan berlemak. Kalau anda ingin merasai sediri keenakannya atau berubah rasa sesekali, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini:-
TELUR AIR ASAM BAHAN-BAHAN: 4-5 biji telur ayam 1/2 cawan air asam jawa 1 biji bawang besar | mayang halus 10 biji cili padi | hiris halus Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Rebus telur lebih kurang 5 minit ( separuh masak lagi sedap).
Kupas kulit dan belah dua ( jika tidak mahu belah pun boleh tetapi cucuk-cucuk dengan garpu telur) ketepikan.
Campurkan hirisan bawang, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Susu telur yang dibelah dua dalam mangkuk, tuangkan air asam.
Biarkan lebih kurang 5 minit supaya air asam meresap dalam telur baru dihidangkan dengan nasi panas-panas.
Kredit : Mahfuzah Aidi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freezer ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
½ bahagian mi *mi telur kerinting
3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan susu cair
1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Serbuk perasa stok cendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
2. Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
3. Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
4. Masukkan mi dan kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
6. Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan
Kredit : FB :Resep Makanan
OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan minyak sayur
1 ulas bawang putih | dicincang
30gm bawang Bombay | dicincang
200gm daging lembu | dicincang
100gm terung ungu | dipotong
1 biji tomato | dibelah-belah
1 sudu teh daun parsli | dicincang
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur | dipukul hingga berbuih
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.
FB : kumpulan resep masakan
OMELET TELUR TAUHU
BAHAN-BAHAN :
4 keping tahu | dihancurkan
5 biji telur, ukuran besar | dipukul
1/3 cendawan telinga kera (hitam)
5 biji cendawan butang | dihiris
2 tangkai daun bawang | dicincang
3 biji cili merah besar | dihiris
3 biji cili hijau besar | dicincang
4 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK :
Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.
Resipi :@banususanto
Fb :Makan Makan Enak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!