Sup Siam, Hirup Panas-Panas Tak Pandang Kiri Kanan Dah!

Share

Apabila berbicara soal sup, sup di negara Thailand adalah salah satu lokasi yang mempunyai cita rasa sup yang sedap. Dipanggil sebagai Sup Siam, rasanya memang sedap apatah lagi dihirup ketika panas.

RASA kongsikan resipi Sup Siap daripada empunya restoran makanan Siam di Putrajaya, Syeedap Thai Food, Liza Idris.

Jom kita lihat resipinya.

SUP SIAM

BAHAN-BAHAN
1/2 kilo tulang rusuk lembu
Minyak masak untuk menumis
3 biji limau kasturi
1/2 biji bawang holand
2 batang sederi
2 biji tomato
3 biji cili padi (diketuk)
Daun ketumbar

BAHAN TUMIS
1/2 biji bawang holand (dihiris)
4 biji bawang putih (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
4 helai daun limau purut
Akar ketumbar
1 peket sup tulang bunjut

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus tulang dan daging sampai lembut.


2. Gunakan kuali, panaskan minyak masak dan tumis BAHAN TUMIS. Tumis sampai kekuningan.


3. Selepas daging empuk, masukkan BAHAN TUMIS dalam periuk daging.
4. Perah buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon.
5. Kemudian masukkan bawang holand, saderi, tomato dan cili padi.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, tabur daun ketumbar.

Tip: Tabur bawang goreng untuk lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

IKLAN