Sup Power Tulang Rusuk Bersama Lidah Lembu, Memang Terangkat Habis!

Share

Siapa yang suka makan sup, pasti suka dengan resipi sup istimewa ini, sup power tulang rusuk bersama lidah lembu.

Menu ni jangan pandang sebelah mata tau. Tak ramai tahu sup lidah lembu sungguh terbaik rasanya. Eksotik dan autentik.

Buat yang pertama kali nak makan, memang agak geli. Fuhh rupanya kena dengan cara penyediaan dan dibuat sup begini rasanya lebih sedap dari daging. Tak muak. Rasa ringan sebab bukan bahagian berlemak.

Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang kena dengan selera. Cubalah sendiri keistimewaannya yang jarang diserlahkan.

 

SUP POWER TULANG RUSUK + LIDAH

BAHAN-BAHAN:

1kg tulang rusuk
1 ketul lidah lembu (basuh bersih. Buang dia punya lapisan putih yang bergerigi tu. Rebus sedikit masak. Baru hiris nipis)
1 peket kecil rempah sup Baba’s
2 pek rempah sup (apa-apa jenama pun boleh)
1-2 akar daun sup

BAHAN KISAR:

4 biji bawang merah saiz syiling 20sen – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
½ labu bawang holland – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
½ inci lengkuas – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar di bawah hingga sedikit kekuningan dengan sedikit minyak.


2. Kemudian campurkan dengan sepeket kecil rempah sup Baba’s. Kacau sehingga sedikit garing.


3. Kemudian masukkan dua pek rempah sup. Apa-apa jenama takpa.


4. Seterusnya masukkan pula 1-2 akar daun sup yang dibasuh bersih. Kacau lagi sehingga pes wangi ya.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

5. Masukkan tulang rusuk sekilo dulu. Lidah sebelah tu cikgu hiris macam saiz dalam gambar.


6. Saya masukkan garam dan perencah Hilal siap-siap. Tak ada perencah jenama tu boleh guna mana-mana jenama. Garam tu padan dengan kuah ya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Selepas isi tulang rusuk mula empuk, bolehlah masukkan lidah yang dihiris nipis.
8. Biarkan sup mendidih dalam api perlahan. Bolehlah perasakan garam yang kurang. Saya tak suka perah awal limau nipis dalam sup seperiuk begini. Sebab nanti rasa masam tu mengganggu rasa hirupan sup yang segar.


9. Sebelum tutup api, boleh je nak tabur sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Sikit je. Bagi baunya naik. Selebihnya tabur masa nak makan.
10. Nak makan baru tabur dengan daun sup, daun bawang, cili api merah hijau, tomato (optional). Masa ni baru kick perah asam limau nipis.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN