Langkah Memasak Sup Ikan Siakap Versi Kelantan , Senang Sangat Nak Memasaknya.

Share

Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sunggu menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.

SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
  • 4 biji bawang putih – dimayang*
  • Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Perasa | Jika suka
  • 2 Sup bunjut
  • Kayu manis
  • Bunga lawang

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau

2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.

3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.

4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.

6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.

7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.

BAHAN HIASAN & PELENGKAP:

  • Daun sup – hiris
  • 4 biji cili api – potong kecil
  • 1 biji limau nipis – potong
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!

INFO CHEF:

  1. Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
  2. Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Qiu Ieja

 

 

IKLAN