Sup Bebola Tepung Pulut. Inti Penuh & Sedap Makan Dengan Minyak Cili

Share

Resipi Sup Bebola Tepung Pulut perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni nampak sangat sedap. Sesuai dinikmati dikala musim hujan. Bila sebut mengenai tepung pulut, ia biasanya digunakan untuk membuat manisan seperti Butir Nangka, Badak Berendam dan Tang Yuan. Namun bagi anda yang kurang gemar makanan manis, boleh mencuba resipi Sup Bebola yang berinti ayam ni. Seakan Dumpling tetapi teksturnya lebih kenyal dan berisi. Mudah je resipinya. Jom cuba!

 

RESEPI SUP BEBOLA TEPUNG PULUT

BAHAN INTI:
2 ketul ayam saiz potongan sup – cincang
1/2 batang lobak merah – potong dadu


2 tangkai daun bawang – potong halus
1 sudu teh serbuk lada sulahbeli online disini
(Satukan semua bahan dan sebatikan. Boleh tambah cendawan shiitake)

BAHAN TEPUNG:
1 cawan tepung pulut beli online disini
2 sudu makan tepung gandum beli online disini
Secubit garam
(Tuang air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.)

CARA MEMBUAT BEBOLA DAN SUP:
1. Letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola. Buat hingga habis adunan doh dan juga inti.


2. Rebus bebola di dalam air yang sedang mendidih dan biarkan sehingga doh timbul. Ia menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam.
3. Tak perlu angkat bebola tersebut, cuma perisakan sup dengan perencah sama ada kiub ayam atau ikan bilis.


4. Untuk menyedapkan lagi rasa, boleh titiskan minyak bijan atau minyak bawang putih ke dalam sup.
5. Sup Bebola Tepung Pulut Berinti Ayam sedia dihidang dengan minyak cili untuk rasa pedas.

RESIPI MINYAK CILI:
Minyak masak/minyak sayuran
2 sudu makan chili flakes / cili kering yang dikisar kasar – bukan serbuk cili beli online disini


3 ulas bawang putih – dicincang beli online disini
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Campurkan bawang putih bersama chilli flakes. Taburkan dua cubit garam.
2. Panaskan minyak masak di atas kuali sehingga gelegak @betul-betul panas.
3. Akhir sekali tuangkan minyak panas tersebut ke atas chilli flakes yang dicampur bawang putih tadi.
4. Gaul rata dan sedia untuk dimakan bersama Sup Bebola Tepung Pulut.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN