Sup Ayam Thai, Rasa Sebiji Macam Kat Restoran

Share

Sup ayam Thai ini rasanya sebiji macam yang kita makan kat kedai-kedai tomyam. Memang sedap. Tak percaya cubalah. Hidangan yang simple tapi sedap.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Hajal Aishah Zakirai ini. Selain ayam boleh juga guna daging. Caranya sama. Bahan pun tak rumit sangat. Makan panas-panas, memang sedap!

Sup Ayam Thai

Bahan-Bahan:

 Ayam (potong agak kecil)

1 biji limau nipis (ambil jusnya) – boleh beli online di sini


Sos ikan – boleh beli online di sini

Daun ketumbar (hiris halus)

Minyak masak – boleh beli online di sini

Air

Sos ikan – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk perasa – boleh beli online di sini

Bahan Tumis:

1 labu bawang merah besar (belah 6 atau 8) – boleh beli online di sini

Daun limau purut (belah dua)
1 batang serai (ketuk atau dipotong serong)
3 – 4 ulas bawang putih (tumbuk) – boleh beli online di sini
Sedikit halia (tumbuk) – boleh beli online di sini

1 sup bunjut

Sayur-Sayuran:

Sedikit daun saderi ( ini penting)

Lobak merah (potong) – boleh beli online di sini

Tomato merah (belah)

Tomato hijau (belah)

Cara Memasak:

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan ini hingga layu. Tumis hingga terbit wangi.

Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air, masak hingga mendidih. 

Masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk. 

Setelah itu bolehlah masukkan sayur pilihan. Terpulang pada selera tapi yang penting saderi wajib ada.

Masuk sayur keras dulu. Kemudian masukkan tomato. Tambah sedikit sos ikan dan jus limau nipis. Kacau. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Biarkan ia mereneh seketika, tutup api. Ketika nak menghidang, taburkan daun ketumbar. Siap!

Bolehlah gu dengan sambal belacan, timun jepun, telur dadar. Peh!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN