Sup Ayam Pekat Berempah Sekali Hirup Confirm Nak Lagi

Share

Ada orang suka masak sup reneh begitu sahaja, Ada juga yang suka menumiskan bahan-bahan. Kalau nak buat stail mamak yang pekat boleh guna rempah sup. Lagi kaw rasanya, hirup terasa rempah ratusnya.

 SUP AYAM PEKAT

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ayam -bahagian bertulang (kalau banyak ayam kena guna dua paket serbuk rempah sup)
  • 1 paket rempah sup
  • 1 paket 4 sekawan
  • Sup bunjut
  • 1 biji bawang besar
  • Bawang putih-tumbuk
  • Halia -tumbuk
  • Tomato-dipotong dadu
  • Ubi kentang
  • Minyak secukupnya
  • 2 mangkuk air
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara memasak:

  1. Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.Panaskan 3 sudu minyak masak langsung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.

2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.

3.Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.

4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.

5.Masukkan ayam.

6.Gaul rata.

7.Masukkan dua mangkuk air.

  1. Campakkan bunjut sup.

9.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.

10.Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Kredit : Zurina Zulkefli

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN