Ads

Yana Samsudin Kongsi Cara Masak Lauk Kampung, Sulur Keladi Asam Pedas Resipi Mak

Sulur Keladi Asam Pedas

Sulur keladi antara sayur kampung yang sedap di masak pelbagai jenis masakan. Berselera sungguh lihat Yana Samsudin menghirup kuah dan makan Sulur Keladi Asam Pedas ini.

Sulur keladi ialah batang menjalar atau stolon yang keluar dari pangkal pokok keladi. Ia tumbuh memanjang di atas permukaan tanah untuk menghasilkan anak pokok keladi yang baharu.

Kongsi Resipi Mak Sulur Keladi Asam Pedas

Baru-baru ini, sempena Hari Ibu selebriti Yana Samsudin mengimbau kenangan merasai masakan air tangan ibunya dan kini menyediakan hidangan yang sama untuk anaknya.

Menariknya, ibu kepada 4 orang cahayamata ini ada kongsikan video cara masak lauk kampung Sulur Keladi Asam Pedas yang juga merupakan resipi daripada maknya. Malah kini menjadi kegemaran anaknya pula.

Istimewanya lagi, sulur keladi yang dimasak tersebut ditanam sendiri dan diambil di laman rumahnya.

“terima kasih mak.. bagi resepi kat mummy..”

Ads

Tiba-tiba je keluar ayat ni masa dia tengah syok makan lauk sulur keladi masak asam.

Tergelak kecil dengar.. tapi dalam hati rasa tersentuh. Dulu kita membesar dengan air tangan Mak, sekarang turn kita pula masakkan untuk anak.

Betullah, resipi ibu ni bukan setakat sedap kat tekak, tapi nak sambung kasih sayang dari nenek terus ke cucu.

Ads

Selamat Hari Ibu untuk Mak, dan untuk semua ibu kat luar sana.

Resipi Sulur Keladi Masak Asam:

Bahan-Bahan:

Sulur & Batang Keladi
*Bawang putih
*Bawang Merah
*Cili Kering
Sedikit Air
Serai (dititik)
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Asam Jawa

Cara Membuat:

1. Mula-mula, bersihkan sulur batang keladi, rebus selama 4 minit dan toskan.
2. Kemudian kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Selepas itu, tumiskan bahan kisar tersebut dan masukkan sedikit air serta sebatang serai.
4. Masukkan juga asam keping, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Boleh masukkan juga asam jawa untuk rasa lebih masam dan tambah lagi air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
6. Kemudian, masukkan sulur dan batang keladi yang telah direbus tadi. Kacau rata dan tutup periuk sekejap. Biar kan sampai mendidih.

Ads

Siap!

Anda mungkin berminat dengan

Yana Samsudin Kongsi Cara Masak Lauk Kampung, Sulur Keladi Asam Pedas Resipi Mak
Sulur Keladi Asam Pedas

Memang mudah dan sedap resipi sulur keladi asam pedas ini. Antara lauk kampung yang menjadi kegemaran ramai. Boleh masak sendiri di rumah dan cuba resipi yang dikongsikan oleh Yana Samsudin ini nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sup Tepung Kampung Paling Sedap, Resipi Simple Nostalgia Orang Dulu-Dulu

Sup tepung kampung jadi menu nostalgia yang simple, sedap dan mengenyangkan. Cuba resipi mudah ini dengan kuah ikan bilis yang padu serta tepung lembut kenyal.