Sukatan Betul Untuk Hasilkan Cekodok Pisang Emas Yang Sedap

Share

Melalui facebook, seorang ahli facebook group Rasa Share Resipi telah berkongsi resipi membuat cekodok pisang yang sedap. Sukatan yang diberikan boleh dikatakan tepat untuk kita ikut dan buat cekodok pisang.

Iedaa Jahaya berkongsi resipi dan gambar cekodok pisang yang dibuat kelihatan amat menyelerakan. Nampak sedap betul. Seimbang antara kuantiti pisang dan tepung yang digunakan. Jom kita cuba buat.

CEKODOK PISANG EMAS

BAHAN-BAHAN
10 bji pisang emas
5 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
Secubit garam
Air suam secukupnya (anggaran 3 cawan)

CARA MEMBUAT


1. Kisar atau lenyek pisang bersama gula sehingga halus.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan. Adunan perlulah boleh dijemput. Tidak cair. Cuba ambil sejemput menggunakan tangan. Jika boleh dijemput, kiranya adunan tepat.
Beginilah tekstur adunan antara tepung gandum dengan pisang.

4. Panaskan minyak masak.
5. Apabila minyak telah betul-betul panas, barulah ambil sejemput demi sejemput untuk digoreng.


6. Apabila telah keperang-perangan, bolehlah angkat.

Selamat mencuba!

Kredit: Iedaa Jahaya melalui Rasa Share Resipi

IKLAN