Suka Makan Telur Masin? Jom Belajar Cara-Cara Membuatnya Secara Homemade.

Share

Telur masin adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selain direbus, ia juga digunakan untuk menghasilkan hidangan enak lain seperti udang telur masin, asam pedas dan sebagainya. Jom belajar cara-cara membuat telur itik masin secara homemade. Memangsedap dan kebersihan juga lebih terjaga. Selamat mencuba!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur itik | cuci bersih & keringkan
  • 1 cawan garam
  • 5 cawan air

 

CARA MEMBUAT:

  1. Masak air bersama garam hingga larut dan mendidih.

2. Padamkan api dan biarkan sejuk.

3. Susun telur di dalam balang plastik dan tuang air garam yang telah sejuk tadi.

4. Biarkan telur selama 2-3 minggu sebelum boleh dinikmati.

 

 

Kredit gambar & resipi: Nor Azimah Udin

IKLAN