Stok Sambal Kelantan Buat Untuk Sebulan Berpuasa! Sedap, Terliur Dibuatnya..

Share

Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • Cili merah
  • Cili api
  • Limau kasturi(blender dgn kulit)
  • Bawang besar bakar
  • Bawang putih bakar
  • Cuka
  • Manisan kg
  • Gula
  • Garam

CARA-CARA:

  1. Kisar semua bahan sehingga hancur.
  2. Sambal kelantan tak guna belacan.
  3. Kisar kering.
  4. Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.

NOTA: jgn letak air masa blender.

 

Kongsi resipi: Rohaya Rose

IKLAN