Sponge Dosa Buat Orang Rasa Serba Salah. Sedap Sangat!

Share

Makanan India kebanyakkannya sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Tapi kali ni admin nak kongsikan buat resipi baru ni. Jom belajar buat Dosa. Dosa adalah sejenis makanan seperti crep tipis dari India Selatan yang popular di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis resipi dosa, tapi apa kata kita cuba resipi Sponge Dosa ni nampak menarik!

Sponge Dosa (Aval / Poha Dosa)

Bahan-bahan:

  • Beras Mentah – 2 cawan
  • Biji Halba- 1/4 sudu teh
  • Air secukup nya..
  • Emping beras – 1 cawan
  • Dadih – 1 1/2 cawan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ambil mangkuk. Satu kan beras mentah, biji halba, air dan biarkan selama 2 jam.
  2. Di dalam satu mangkuk lain rendam emping beras dan dadih selama satu jam.
  3. Selepas satu jam, campur kan 1 dan 2 beras. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Blend hingga halus.
  4. Setelah adunan sebati, biarkan ia selama minimum 1 jam.
  5. Panaskan kuali, cair adunan dengan sedikit air. Tuangkan ia di tengah. Tambah minyak di sisi. Tutup kuali dan biarkan masak. Siap!!!

Haaaaa… jom kita cuba try test n NGAP!!!

Kongsi resipi: Home Cooking

 

IKLAN