Mi & Pasta

Spicy Creamy Spaghetti Tomyam Mudah Buat & Sedap Dinikmati

Published by
Putri

Sering kali nikmati spaghetti Aglio Olio dan spaghetti Carbonara, jom buat Spicy Creamy Spaghetti Tomyam lain dari kebiasaan. Sesekali cuba masak ala ala tekak melayu, pedas dan memenuhi cita rasa. Bila ada rasa creamy perghh lagi sedapp.Jom tengok bahan-bahannya.

 

SPICY CREAMY SPAGHETTI TOMYAM

Bahan-bahan:

1 peket spageti

Butter

2 biji bawang Holland

5 ulas bawang putih

IKLAN

2 batang serai

2 sudu besar pes tomyam

Isi ayam

2 cawan susu full cream

2 biji cili padi

1 biji tomato

4 helai daun limau

Daun bawang

Cara memasak:

  1. Celur spageti dalam periuk. Kemudian ketepikan.

2.Cairkan butter dalam periuk panas.

3.Tumis bawang Holland yang dipotong dadu dan bawang putih yang di cincang hingga naik bau.

 

4.Masukkan serai yang dipotong diikuti pes tomyam ke dalam periuk. Kacau rata.

5.Setelah itu masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil. Biarkan kesemuanya masak sebati. Kemudian masukkan susu.

IKLAN

6.Masukkan spageti yang telah dicelur bersama dengan cili padi, daun bawang, tomato dan daun limau yang telah dipotong atau racik.

IKLAN

7.Masak sekejap dan tutup api.

8.Sedia untuk dihidang.

Kredit: Shida Ambok

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Show comments
IKLAN
Published by
Putri

Recent Posts

  • Ayam

Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya

Ayam goreng bawang putih ini memang tular dan telah ramai yang berkongsikan resipi cara membuatnya.… Read More

52 mins ago
  • Mi & Pasta

Phad Thai Udang, Menu Wajib Cuba. Memang Terangkat Habis

Jika ke restoran Thai, pasti ada menu Phad Thai Udang. Menu ini patut dicuba tau.… Read More

7 hours ago
  • Ikan

Ikan Tongkol Masak Goreng Kicap Pedas

Ikan tongkol masak goreng kicap pedas ini sesuai sama ada untuk berbuka atau sahur. Selalunya… Read More

13 hours ago
  • Pencicah & Sambal

Sambal Bilis Nasi Lemak Versi Tak Pedas, Untuk Anak-Anak

Sambal bilis nasi lemak versi tak pedas, khas untuk anak ini. Jadi, bolehlah anak-anak makan… Read More

17 hours ago
  • Kerabu

Kerabu Timun Kelantan Sedap Dimakan Sejuk Waktu Berbuka

Kerabu timun Kelantan sedap dimakan sejuk waktu berbuka. Memang rasa segar bila kita makan. Buatnya… Read More

18 hours ago
  • Roti & Pastri

Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Jika singgah ke restoran Mamak, antara yang jadi pilihan adalah roti canai, capati, dan tose.… Read More

21 hours ago