Spageti Aglio Olio, Menu Ringkas Bekal Anak Ke Sekolah

Share

Adakala kita buntu nak buatkan menu bekal anak ke sekolah. Spageti aglio olio merupakan antara menu pilihan yang menjadi kegemaran anak-anak. Mudah nak makan, tak berkuah, dan tak comot.

Buatnya pun mudah. Anak-anak pun kenyang. Memang confirm habis licin bekal ni bila bawa balik ke rumah.

Resipi spageti aglio olio stail ala Malaysia yang dikongsikan Roslan Rusly memang menarik. Cubalah!

BAHAN-BAHAN:

1 paket spageti – Boleh beli online di sini

Udang

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Bawang besar

Cili api

Cili benggala hijau

Cili kering – Boleh beli online di sini

Kiub pati ayam

Daun ketumbar

Garam

Serbuk perasa

Minyak zaitun (cooking) – Boleh beli online di sini

*Kesemua bahan ikut anggaran sahaja.

CARA MEMASAK:

1. Bawang putih dicincang halus. Boleh gunakan chopper.

2. Rendam cili kering yang telah dipotong di dalam air panas. Biarkan lembut seketika.

3. Cili benggala hijau dipotong dadu.

4. Rebuskan spageti di dalam periuk. Letakkan sedikit garam dan minyak zaitun.

5. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

6. Masukkan cili benggala hijau dan cili kering yang telah ditoskan.

7. Ambil seketul kiub pati ayam dan larutkan di dalam air panas.

8. Masukkan kiub ayam yang telah larut tadi ke dalam kuali dan sebatikan bersama bahan tumisan tadi.

9. Masukkan udang yang telah dibersihkan.

10. Tambah satu senduk air rebusan spageti tadi.

11. Masukkan cili padi mengikut tahap kepedasan masing-masing. Jika tak tahan pedas, tak perlu masukkan.

12. Perasakan garam dan bahan perasa. Kemudian, masukkan spageti.

13. Gaul rata dan bolehlah masukkan daun ketumbar agar naik bau dan rasanya.

Dah siap, bolehlah dimasukkan ke dalam bekal sekolah anak.

Kredit: Roslan Rusly

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN