NI dia Sotong Masak Lemak Serai Resipi Warisan Nenek

Share

Hidangan yang ringkas dan mudah dan dimasak tetapi rasanya sedap tiada tandingan. Kalau nak sotong kekal sedap berjus, ingat tau  sotong tu jangan dimasak lama nanti liat pulak.

SOTONG MASAK LEMAK SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 5-7 ekor sotong
  • 1 biji kelapa (Santan)
  • 4 biji bawang merah*
  • Halia*- sebesar ibu jari
  • 1 ulas bawang putih*
  • Serai-diketuk
  • Bawang besar (dipotong wedges)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Lada besar hijau- boleh gantikan dengan cili padi untuk rasa lebih pedasCARA MEMASAK:
  1. Tumbuk atau blend
    bahan bertanda*
  2. Masukkan dan bahan yang ditumbuk santan ke dalam periuk.
  3. Kemudian biarkan santan tadi mendidih. Setelah mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  4. Akhir sekali masukkan lada hijau untuk beri rasa pedas. Kacau sebati dan boleh tutup api.

 

INFO: Jika ingin ada sedikit rasa masa boleh perahkan sedkit perahan limau nipis.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:Chinta Damia

 

 

 

IKLAN