Sos Cili Thai Homemade: Resipi Jimat & Sedap Buat Sendiri Di Rumah

Share

Sos Cili Thai homemade memang antara penyedap masakan yang wajib ada di setiap rumah. Setiap kali menikmati makanan bergoreng seperti nugget, ayam goreng atau cucur, memang tak lengkap tanpa sos ini. Tapi tahukah anda, sos cili Thai homemade boleh dibuat sendiri dengan sangat mudah dan jimat?

Biasanya, sebotol kecil sos cili dijual sekitar RM2 hingga RM3 bergantung pada jenama. Sekali guna pun dah separuh botol habis. Tapi dengan resipi Sos Cili Thai homemade ini, anda boleh hasilkan tiga botol penuh hanya dengan modal RM5 saja! Memang berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga.

RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE

Resipi mudah ini dikongsikan oleh saudari Haslindawati Omar. Hasilnya pekat, sedap dan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit cuka makan
  • ½ cawan gula – boleh ubah ikut tahap kemanisan anda
  • Secubit garam

BAHAN KISAR (jangan terlalu hancur, kisar kasar sahaja):

  • 5 biji cili merah besar – buang biji
  • 4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan air

CARA MEMASAK SOS CILI THAI HOMEMADE:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
  2. Masak bahan kisar hingga mendidih atas api sederhana.
  3. Tambahkan cuka, gula dan garam. Kacau hingga gula larut sepenuhnya.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sos mula pekat dan berkilat.

5. Teruskan masak hingga mendidih dan kelihatan cantik berkilat.

6. Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Tip Tambahan

Untuk rasa yang lebih pedas dan masam seimbang, anda boleh sesuaikan jumlah cili padi dan cuka mengikut citarasa keluarga. Sos cili Thai homemade ini sangat sesuai dijadikan pencicah untuk ayam goreng, cucur udang, bebola ikan dan pelbagai snek lain.

Jimat, mudah dan sedap — itulah kelebihan buat sendiri sos cili Thai homemade di rumah!

Kredit resipi & foto: Haslindawati Omar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina