Sos Black Pepper Homemade Yang Likat & Padu, Hanya Guna 7 Bahan Ini

Share

Sos black pepper sering digunakan untuk hidangan makanan barat seperti chicken chop, beef steak dan lain-lain lagi. Kalau nak sedap, cuba buat sos black pepper sendiri. Tentu anda lebih puas hati bila makan hasil air tangan sendiri. Tak susah pun sebenarnya nak masak sos ni, cukup mudah dan confirm menjadi jika anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Afy AL Habibi. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.

SOS BLACK PEPPER

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu besar planta
  • 1 ulas bawang putih | diracik halus – beli online DISINI
  • 1 tin sos spaghetti keju
  • 1 sudu besar serbuk cheese
  • 1 sudip kicap manis – beli online DISINI
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam – beli online DISINI
  • 1 sudu besar gula – beli online DISINI

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan 1 sudu planta di dalam periuk menggunakan api kecil.

2. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.

 

3. Masukkan 1 tin sos spaghetti keju dan tambahkan 1 tin air suam.

 

4. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.

 

5. Tambahkan 1 sudip kicap manis. Boleh tambah mengikut kesesuaian warna.

 

6. Kemudian, masukkan 2 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Masukkan juga 1 sudu besar gula. Boleh masuk sedikit demi sedikit untuk langkah selamat.

 

7. Tutup api setelah semuanya sebati. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN