Sirap Bandung Soda Merah Jambu Yang Paling Legend!

Share

Rasa nyaman dengan minuman sirap bandung soda yang nampak mudah tapi kalau tidak kena caranya boleh lain jadinya.

SIRAP BANDUNG SODA

BAHAN-BAHAN:

  • Ais kiub
  • Setengah cawan sirap (yang siap bergula & boleh tambah ikut citarasa anda)
  • Satu botol besar air aiskrim soda
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • Setengah sudu teh garam
  • Satu tin susu cair

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan ais kiub dalam bekas dan masukkan sirap.
  2. Selepas itu masukkan air aiskrim soda, esen vanila dan sedikit garam.
  3. Kemudian masukkan satu tin susu cair. Perlu mengacau segera susu pada ketika ini kerana tidak mahu menjadi tairu.
  4. Siap sirap bandung soda dan perlu disimpan didalam bekas yang tertutup kerana tidak mahu sodanya hilang.

 

Kredit: Siti Jamilah Mohamed

IKLAN