Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan

Share

Makanan yang direbus lebih menyihatkan berbanding yang digoreng atau ditumis mahupun yang dimasak bersama santan. Lauk rebusan sinonim dengan masakan singgang, sama ada singgang ikan, tulang, daging, ayam mahupun singgang sotong ataupun udang.

Kali ini, kita ikuti resipi singgang daging yang begitu menyelerakan serta berkhasiat hasil perkongsian Noor Hafiza Mohamad. Mudah saja cara membuatnya. Resipi pun simple dan senang diperoleh. Jom cuba buat.

BAHAN-BAHAN:

½ kg daging

1 inci lengkuas

1 inci halia – Boleh beli online di sini

3 ulang bawang merah

5 – 6 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini

3 tangkai cili kering

1 sudu besar biji ketumbar

3 keping asam keping – Boleh beli online di sini

Garam

Serbuk perasa Ajinomoto – pilihan

Sedikit belacan – Boleh beli online di sini

Air secukupnya

4 tangkai cili padi merah

CARA MEMASAK:

Masukkan kesemua bahan dan rebus sekali gus di dalam periuk bersama garam dan perasa.

Masak menggunakan kaedah rebus perlahan (slow cook

) selama 1 jam di dalam periuk kaca.

Tulang akan elok lembut sama seperti kita masak menggunakan periuk tekanan (pressure cooker).

Masukkan air belacan.

Akhir sekali, baru tambahkan cili untuk rasa pedas dan sebagai hiasan.

Singgang tulang juga dalam kategori “bone broth” iaitu sup rebusan tulang yang bagus untuk kesihatan dan boleh diambil setiap hari.

Rahsia untuk mendapatkan khasiat daripada air tulang kena masukkan cuka. Cuka untuk pastikan yang zat galian daripada tulang akan larut ke dalam sup.

Selamat mencuba.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN