Uncategorized

Set Lengkap Hidangan Chicken Chop Homemade, Jimat Wang Boleh Makan Bertambah!

Share

Makanan western paling popular di sediakan bila berada di restoran mahupun di gerai jer. Nak lagi sedap apa kata buat sendiri lagi puas hati habis berpuluh ringgit tapi boleh ulang makan berkali-kali. Memang best!

Resipi Chicken Chop Homemade

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam peha
  • 1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras
  • 1 sudu teh serbuk cili atau paprika
    ( semua digaulkan sekali )

CARA MEMASAK:

  1. Ayam digaulkan dengan garam kemudian celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream
  2. Celupkan kedalam tepung, celupkan pula ke dalam telur kemudian celupkan ke dalam tepung sekali lagi.
  3. Dan terus goreng..

Sos Lada Hitam

  • 1 sudu besar Butter dipanaskan
  • 1 sudu Tepung Gandum dimasukan kedalam butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit air
  • 1 Sudu biji Lada Hitam di hancurkan/blend
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu serbuk Brown Sauce @ glaze
  • 1 @ 2 sudu kicap pekat
    Masak sehingga pekat dan tambahkan air jika perlu

Coleslaw

  • Kobis di cincang
  • Carot di cincang
  • Air gula
  • Mayonis
  • Susu cair + Low fat@ full cream
    Campurkan semua.

Kongsi resipi: Azahari Abdullah

 

IKLAN