Seperti Makan Yogurt Strawberry, Buat Sendiri Cocktail Lemak Berkrim

Share

Kebiasaannya, bila buat cocktail, akan buat jenis kuah cair dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Namun dengan resipi yang dikongsi Anis Tokman ini, lain daripada biasa kerana kuahnya dibuat pekat.

Rasanya pula, masam-masam manis pekat lemak berkrim dan seolah-olah macam makan yogurt strawberry kerana di bahagian bawah letak jelly perisa strawberry.

COCKTAIL YOGURT ANIS ATOKMAN

BAHAN-BAHAN:

Serbuk jelly (saya guna yang amway 1 kotak, masak dan letak perisa strawberry)


2 tin cocktail buah (saya guna hosen)
2 bekas nata de coco (perisa ikut suka)
2-3 scoop aiskrim vanilla
2 tin susu cair – beli online di sini
1 liter yogurt asli
Susu pekat – beli online di sini

CARA MEMBUAT:

1. Masak serbuk jelly ikut perisa kesukaan masing-masing, kemudian isi dalam bekas agak-agak 1/3. Biarkan sekejap sampai jelly membeku.

2. Tapis cocktail, asingkan kuah dan buah.
3. Selepas jelly membeku, boleh letak nata de coco (tapis ambil isi saja), kemudian letak pula isi buah cocktail. Dah siap, ketepikan.

4. Untuk buat kuah, ambil baki air cocktail, masukkan susu cair, yogurt dan aiskrim. Kacau sebati.

5. Kalau rasa pekat sangat, boleh campur air nata de coco sikit, kemudian masukkan susu pekat ikut kemanisan masing-masing (kepekatan kuah agak-agak saja, sebab nanti masuk peti dia akan makin pekat lagi).

6. Saya tak masak dah kuah dia tapi kalau nak buat jual, untuk ketahanan, anda boleh masak dulu susu cair kemudian baru mix smua.
7. Kemudian boleh tuang dalam bekas yang telah diisi jelly, nata de coco dan buah cocktail. Masuk dalam peti bagi sejuk, kemudian boleh makan.

8. Dengan resipi ini, anggaran boleh dapat 50 bekas saiz comel tu.

Kredit resipi: Anis Atokman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN