Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional: Resipi Warisan yang Berjiwa Kontemporari

Share

Kuih tradisional Melayu seringkali dianggap sebagai warisan lama yang mulai hilang dari radar pencinta makanan masa kini. Tapi sebenarnya, kuih-kuih tradisional seperti Abok-Abok, Koleh Lemak, dan Apam Dewa masih mempunyai peminat setia yang sangat menghargai rasa dan cerita di sebaliknya.

Kalau dulu kuih-kuih ini hanya popular di kalangan generasi lama, kini tiba masa kita hidupkan semula tradisi ini. Jom kita cuba buat kuih tradisional yang mudah, sedap, dan pasti menggamit kenangan lama sambil dinikmati bersama keluarga. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang atau jamuan santai

KUIH ABOK-ABOK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan biji sagu

  • Kelapa parut (bahagian putih sahaja)

  • ½ cawan gula merah

  • 5 sudu makan gula putih

  • Sedikit garam

  • 3 cawan air biasa

  • Daun pisang secukupnya (untuk membalut)

CARA-CARA:

  1. Gaulkan biji sagu, kelapa, dan sedikit garam hingga sebati.

2. Dalam mangkuk berasingan, larutkan gula merah dan gula putih dengan air.

3. Bentuk daun pisang menjadi corong atau kon.


4. Susun lapisan dalam daun pisang: sagu – gula – sagu.

5. Bungkus kemas dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana sehingga masak.

Tips: Kuih ini sesuai dinikmati sejuk atau suam, rasanya asli dan legit!

Kredit resipi: Fiza Adam

 

APAM DEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam

  • 1 cawan gula

  • 1 ½ cawan tepung gandum

  • 1 sudu perasa (ros/vanilla/pandan)

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

  • 1 sudu kecil ovallete (optional)

  • Pewarna pilihan untuk beri sentuhan warna menarik

CARA-CARA:

  1. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul hingga rata.

  2. Masukkan tepung, perasa, soda bikarbonat dan ovallete, pukul hingga adunan sebati.

  3. Tambah pewarna pilihan dan kacau rata.

  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit (jangan terlebih kukus supaya tidak keras)

Tips: Apam yang berwarna-warni ini bukan sahaja cantik, tapi juga enak dimakan dengan teh O panas!

Kredit resipi: Noraini Hassan

 

KOLEH LEMAK

BAHAN SAMBAL IKAN:

  • 1 kg ikan selayang (panggang/kukus dan ambil isinya)

  • ½ kg santan

  • 2 biji bawang besar, kisar

  • ½ biji bawang putih, kisar

  • 2 inci halia, kisar

  • Gula dan garam secukup rasa

  • 2 sudu halba

CARA-CARA:

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian, campurkan dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sehingga sebati.

BAHAN KOLEH:

  • 4 cawan tepung beras

  • ½ kg santan (campur air jadi 11 cawan)

  • Garam secukup rasa

  • 3 sudu susu manis (optional)

CARA-CARA:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia. Campur dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sebati.

  2. Untuk koleh, campur semua bahan dan kacau rata.

  3. Masak adunan koleh atas api sederhana sambil kacau hingga pekat.

  4. Tuangkan ke dalam bekas, sejukkan dan potong.

Tips: Koleh Lemak ni kaya rasa dan teksturnya unik, sesuai dimakan sebagai pencuci mulut yang memuaskan!

Kredit resipi: Hanini Hashim

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
muaz