Senang Rupanya Nak Buat Putu Mayam, Rasa Sedap & Lembut Je

Share

Putu mayam biasanya dihidangkan bersama isi kelapa dan gula Melaka, sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik dari semua bangsa.

Jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish.

PUTU MAYAM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – beli online di sini
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak – beli online di sini


Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik: Boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar) – beli online di sini
Gula merah @ gula Melaka | dihiris halus

Kelapa parut putih digaul dengan secubit garam 

TONTON Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

CARA-CARA:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.


4. Tutup api.  Masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.


5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.


6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.


7. Susun dalam kukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.

Kredit resipi: Julia Aleen Aireish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN