Senang Je Masak Tak Perlu Gula & Garam Pun. Mi Goreng Basah Mewah Dengan Rasa Yang Menyelerakan.

Share

Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.

MI GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
  • 10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
  • 1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
  • 1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
  • 1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
  • 4 sudu hesar cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap mi
  • 1 cawan kecil air
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis

BAHAN-BAHAN TUMBUK

  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih

Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

CARA MEMASAK:

1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.

3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.

4. Masukkan air 1 cawan kecil.

5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.

6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.

INFO:

  1. Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
  2. Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ieda Roslieda

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 



IKLAN