Nak cuba buat roti homemade tapi versi mudah? Boleh cuba resipi Roti Kukusperkongsian saudari Umie Nurhayatini. Resipi yang sangat sesuai dicuba oleh anda yang tiada ketuhar atau bread maker. Hanya perlu kukus sahaja, sangat mudah. Jom cuba buat! Pasti puas hati bila tengok hasilnya.
RESIPI ROTI KUKUS MUDAH BOLEH BUAT SECARA HOMEMADE
1. Untuk membuat Roti Kukus ini mulakan dengan bahan A. Masukkan tepung dan gula ke dalam bekas.
2. Seterusnya masukkan juga susu segar.
3. Gaul sehingga sebati dan elastik.Rehatkan doh selama 40 minit.
4. Tapi jika tak nak rehatkan doh, boleh terus masukkan yis. Jika rehatkan doh, bila cukup masa, masukkan yis dan uli lagi hingga sebati. Yis tidak perlu dibancuh dengan air. Jika nak bancuh pun boleh. Masukkan dalam campuran susu dan gula, biarkan hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam tepung.
5. Uli sampai betul-betul sebati. Guna secara manual memang agak penat sedikit.
6. Lepas tu masukkan bahan terakhir iaitu minyak masak dan uli sampai adunan betul-betul elastik.
7. Sediakan bekas yang bersesuaian untuk meletak doh roti. Jangan lupa lumur sekeliling bekas dengan minyak masak dan letakkan kertas minyak supaya mudah roti untuk dikeluarkan nanti.
8. Bentukkan doh jadi bujur begitu.
9. Masukkan ke dalam bekas macam ni dan rehatkan sehingga adunan naik 2 kali ganda.
10. Rupa doh bila doh sudah naik 2 kali ganda.
11. Kukus guna pengukus selama 20 minit.
12. Bila siap dikukus, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
13. Roti ini enak dimakan bersama Sari Kaya.
NOTE: Kalau pakai pengukus biasa, kukus guna api besar dan jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain. Bila jangan terus buka penutup pengukus, biarkan 5 minit baru buka.
Ayam goreng kunyit kalau nak pedas boleh tambah cili padi baru lagi padu. Nak lagi sedap ada rasa sambal makan dengan sambal belacan.
cukup satu lauk macam ni pun dah cukup. Sayur seperti lobak merah dan kacang panjang juga sering ditambah dalam menu ini selain bawang holland.
Rasa enak ayam yang digoreng garing dengan kunyit hidup. Tambah lagi rasa pedas dari lada hitam dan cili padi akan menambahkan selera anda.
AYAM GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dada ayam)
Kunyit hidup
Bawang putih
Cili padi
Bawang Holland
Kacang Panjang
Holland Peas
Lada hitam
Kicap soya cair
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kunyit dan bawang putih sehingga agak-agak lumat.
2. Masukkan cili padi tumbuk ala ala pecah.
3. Masukkan bahan-bahan ini didalam bekas ayam yang telah dihiris halus tak berapa nak halus.
4. Satu sudu setengah kicap cair.
5. Setengah sudu lada hitam.
6. Gaul sehingga sebati. Tidak perlu letak garam sebab sudah ada kicap cair tetapi jika tidak ada boleh tukar kepada garam.
7. Panaskan minyak…sepanas panasnya…minyak ngam2 sama level ngan ayam…sebab nak bagi masak sekata….
8. Bila bahan goreng sudah hampir garing. Keluarkan minyak dan tapis. Tinggalkan dalam satu atau 2 sudu minyak dalam kuali itu.
9. Masukkan sayur tetapi tidak perlu lama sebab layu nanti kecut. Kilas 2 atau 3 kali sayur dengan isi ayam dan tutup api. Rasa jika tawar boleh tabur kan sedikit garam.
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Kuah yang pekat, enak berperisa serta rasa manis-manis daging. Memang layan! Rugi kalau tak cuba. Resipi ini menggunakan ubi keledek. Selain itu, boleh juga digantikan dengan ubi kentang.
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | dicelur
2 tangkai daun sup | dihiris kasar
1 biji limau nipis | dihiris
2 biji cili hijau | dihiris
Bawang goreng secukupnya
2 biji telur rebus | dibelah dua
2 keping tauhu goreng | dihiris nipis
BAHAN KUAH:
2 biji keledek oren saiz sederhana | dibuangkan kulit
Di dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging.
Kemudian masukan serbuk kari daging dan serbuk jintan putih. Kacau hingga sebati.
Masukan buah tomato dan air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan keledek yang sudah dilenyekkan. Kacau sehingga kuah kelihatan sedikit pekat dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan udang geragau yang telah ditumbuk ke dalam kuah dan pastikan sentiasa dikacau supaya keledek tidak melekat di dasar periuk.
Masak sehingga daging empuk dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Hidangkannya bersama mi kuning dan bahan-bahan sampingan lain.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...