Semerbak Wangi Daun Kari Dengan Sambal Tumis Telur Goyang Perghhh! Cair Di Tengah Yang Menggoda

Share

Masakan pantas yang penting semua orang akan suka hasilnya. Makan dengan nasi panas dan bila kuning telur dipecahkan akan beri rasa lebih berlemak.

SAMBAL TELUR GOYANG

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering-dikisar halus
  • Ikan bilis-dikisar halus
  • bawang merah-dikisar halus
  • bawang putih-dikisar halus
  • air asam jawa
  • gula
  • garam
  • serbuk perasa
  • daun kari

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Selepas itu masukkan air asam jawa biar berkuah sedikit dan biar mendidih.
  5. Masukkan daun kari. Sudah sesedap rasa perlahan api.
  6. Masukkan telur sebiji-biji perlahan. Biarkan telur  separuh masak. Curah kuah ke atas telur perlahan.
  7. Rasa sudah sedap boleh tutup api. Siap untuk hidang.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Cahaya Pesona 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/step-by-step-ikan-kerisi-masak-pindang-simple-pedas-menyengat/

 

IKLAN