Selera Orang Lain-Lain, Bagi Kita Sedap, Bagi Mereka Sebaliknya

Share

 

Berbicara soal makanan, ianya membabitkan selera. Tak sama. Sedap atau tidak, sangatlah subjektif. Apabila admin facebook group, RASA Share Resipi yang dipanggil Mimin bertanya soalan mengenai tahap selera masing-masing, pelbagai jawapan keluar.

Ada yang anggap tempoyak itu sedap. Ada yang kata tak sedap. Macam tu jugalah petai dan makanan seperti takoyaki. Di saat ada yang jadi hantu durian, ramai juga yang kata durian itu tak sedap.

Jom Kita Intai Jawapan Survey

“Pitam bau patin tempoyak.”

.

“Tak suka sup ekor.”

.

“Jeruk maman, durian crepe, alpukat.”

.

“Burung puyuh dan kaki ayam.”

.

“Rasa loya bila makan kek pisang.”

 

Kita raikan saja selera masing-masing. Sebab cara kita dibesarkan dan pengaruh persekitaran kita tak sama. Jangan pelik kalau ada orang yang tak suka makan ini, tak suka makan ini. Cumanya jangan sampai tahap menghina makanan. Itu saja ya.

 

Sumber: Rasa Share Resipi

IKLAN