Resipi Nasi Minyak Istimewa Yang Harus Dicuba, Aromanya Memang Wangi!

Share

Nasi minyak merupakan hidangan yang berasal dari Palembang, yang nasinya dimasak dengan minyak samin dan rempah.

Di negara kita, nasi minyak sering dikaitkan dengan hidangan nasi kenduri. Pelbagai resipi muncul bagi menjadikan rasanya sangat sedap dan istimewa.

Perkongsian daripada Afy AL Habibi, kelihatan sangat menggiurkan dan menyelerakan. Tengok pun dah terasa lapar. Jom kita cuba buat!

NASI MINYAK ISTIMEWA

BAHAN UNTUK NASI MINYAK

1 pot beras Basmathi
2 sudu besar marjerin Pelangi
Rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan
1 biji bawang merah |dimayang halus
1 ulas bawang putih | dimayang halus
1 hiris halia | dimayang halus
1/3 cawan susu cair
Garam
Pewarna
Segenggam kismis
Kacang gajus (optional)

CARA-CARA:

1. Masukkan marjerin. Tumis 3 sekawan. Masukkan daun pandan.
2. Tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.
3. Seterusnya tuang susu cair. Perasakan dengan secubit dua garam.
4. Masukkan beras basmathi yang sudah dibersihkan. Kacau perlahan dengan senduk kayu sekitar 1-2 minit. Tutup api.


5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Tambah air mengikut sukatan biasa beras yang digunakan.
6. Selepas nasi siap masak, titiskan sedikit pewarna merah jambu, kuning dan hijau beberapa tempat atas nasi.
7. Gemburkan selepas beberapa minit secara perlahan-lahan untuk mengelakkan butir nasi patah.
8. Tabur juga segenggam kismis. Nak letak kacang gajus lagi sedap.
9. Untuk hidangan, hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap

BAHAN KUAH

6-7 ketul ayam
3 sekawan
1 tangkai daun kari – beli online di sini
Sehelai daun pandan
1 biji kentang | dibelah empat
3 sudu besar Rempah Khemok
1 sudu besar (tak menimbun ya) serbuk cili Baba’s
1 biji tomato kecil
1 sudip santan – beli online di sini
1 sudu kismis

BAHAN KISAR:

2 biji bawang merah saiz bola pingpong – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
Sehiris nipis halia – beli online di sini 
Sehiris nipis serai – beli online di sini

BAHAN PERISA (PERINGKAT PERTAMA)

1/2 relung kecil manisan kelantan @ gula melaka – beli online di sini
1 sudu kecil garam
secubit dua perasa

BAHAN TAMBAHAN:

3 biji bawang merah saiz bola pingpong | dihiris nipis
1 ulas bawang putih | dihiris nipis
1 tangkai daun kari


4 biji cili merah & hijau | dipotong
Cili kering | dipotong

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan, daun kari dan daun pandan untuk aroma wangi tersendiri. Kemudian tumis bahan kisar di atas sehingga garing.


2. Masukkan pula Rempah Khemok dan serbuk cili Baba’s. Tumis dalam api perlahan.


3. Selepas rempah mula terbit minyak, masukkan pula tomato. Saya gantikan rasa masam dari asam jawa untuk memaksimumkan manfaat tomato yang dimasak. Balik-balikkan.


4. Kemudian tuangkan segelas air. Masukkan perisa peringkat pertama. Kacau. Biarkan pes pecah minyak.


5. Proses pecah minyak memakan masa lebih kurang 5-8 minit dalam api perlahan. Kacau sesekali. Barulah gulai yang cantik boleh terhasil.


6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dikelar. Tambahkan juga kentang. Kacau rata.


7.Sementara itu, di dalam kuali lain, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Ketepikan.


8. Kemudian goreng pula daun kari, cili merah dan hijau serta cili kering seketika. Bahan-bahan ini digunakan sebagai bahan yang perlu dicampur untuk rasa yang lebih istimewa.
9. Masukkan bawang goreng. Tinggalkan sedikit untuk hiasan. Lain-lain bahan yang digoreng tadi simpan untuk langkah seterusnya. Balik-balikkan.


10. Kemudian biarkan ayam empuk kira-kira 20-25 minit. Boleh ditutup kualinya.

11. Kemudian tambahkan santan. Tambahkan air sedikit jika perlu. Saya tak tambah dah sebab ikut air yang berbaki cun-cun dengan kepekatan yang diingini.
12. Resepi asal guna susu cair. Ikutlah. Terpulang kepada citarasa sendiri.
13. Masukkan pula sedikit kerisik. Tambahkan perasa peringkat kedua iaitu garam dan gula ikut citarasa sendiri. Biarkan semua rasa sebati dan santan mendidih beberapa kali dalam api perlahan.


14. Akhir sekali, masukkan baki bahan gorengan tadi serta kismis jika suka. Tutup api dan siap.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN