Sedapnya…Resipi Rendang Daging & Bubur Cha Cha Chef Wan & Mark Adam Ni Kena Cuba.

Share

Ramadan sudah hampir melabuhkan tirai. Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun sedikit berbeza dari sebelumnya, kemeriahan tetap terasa.

Rasa Nostalgai Ramadan hari ini, Chef Wan telah menjemput selebriti popular yang berasal dari Filipina sebagai tetamunya. Siapa lagi kalau bukan Mark Adam. Lihatlah telatah keduanya, memang melucukan. Tak kering gusi dibuatnya.

Menu istimewa yang bakal dikongsi adalah Rendang Daging dan Bubur Cha Cha. Wow…Sedapnya. Tengok cara masak Chef Wan sahaja dah tahu betapa enaknya sajian yang dikongsi hari ini. Bertuah Mark Adam boleh belajar cara-cara masak dua sajian istimewa ni. Bolehlah cuba masak untuk

disajikan di pagi raya nanti.

Nak cuba masak kedua hidangan ini untuk keluarga tercinta? Jom lihat resipi dan bahan-bahan yang diperlukan.

1. RENDANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 125 ml minyak sayuran
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 2 sudu makan serbuk jintan halus
  • 2 sudu makan lada hitam kisar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kg santan diperah daripada 1 pati biji kelapa parut dengan 1 liter (4 cawan) air
  • 6 sudu makan gula
  • 8 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun kunyit (hiris halus)
  • Garam
  • Air
  • Minyak
  • Cili kisar
  • Asam keping

BAHAN KISAR:

  • 15 biji bawang merah kecil / besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1⁄2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak

2. Masukkan bahan kisar

3. Masukkan cili

4. Masukkan 4 jenis rempah (lada hitam, ketumbar, jintan kasar & jintan halus)

5. Setelah rempah sudah garing, masukkan daging. Kemudian, gaul sehingga rata

6. Masukkan asam keping dan santan

7. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul sehingga rata.

8. Setelah kuah pekat dan daging mulai empuk, masukkan kerisik.

9. Masukkan garam dan gula.

10. Sedia untuk dihidang

2. BUBUR CHA CHA

BAHAN-BAHAN:

  • Santan
  • Daun pandan
  • Gula
  • Sagu
  • Cha –cha kering
  • Keledek (separuh masak)-dipotong dadu
  • Keladi (separuh masak)-dipotong dadu
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air ke dalam periuk.

2. Masukkan keledek dan keladi yang telah dipotong dadu ke dalam periuk.

3. Masukkan santan.

4. Di dalam kuali yang lain, masukkan air panas

5. Masukkan daun pandan dan cha cha.

6. Masukkan semangkuk gula serta sedikit garam. Kacau rata.

7. Masukkan sedikit biji sagu.

8. Tunggu sehingga semuanya mendidih dan lembut (20 minit). Angkat dan sedia dihidangkan.

IKLAN