Sedapnya Puding Kastard Berkuah, Makan Sejuk-sejuk Terasa Nikmat Sangat

Share

Macam tak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tiada sajian pencuci mulut. Selalunya menu yang sejuk dan lembut menjadi pilihan. Jika anda masih belum ada idea untuk sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi Puding Kastard Berkuah seperti yang dikongsikan oleh Nor Fazida Gda ini. Pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

RESIPI PUDING KASTARD BERKUAH

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PUDING:

1 cawan tepung kastard –BELI ONLINE
5 cawan air
1/2 cawan susu cair –BELI ONLINE
2 sudu besar susu pekat manis –BELI ONLINE
Sedikit pewarna pilihan (jika suka)

CARA MEMBUAT:

1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan meruap-ruap.

2. Tuangkan/sudukan ke dalam bekas acuan.

3. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk selama untuk beberapa jam.

BAHAN UNTUK KUAH:

1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan tin)
4 sudu makan gula (boleh kurangkan ikut suka)


4 sudu makan susu pekat
2 sudu makan tepung kastard

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati.

2. Masak dengan api perlahan sehingga sedikit pekat.

3. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.

BAHAN HIASAN (pilihan)

Buah ceri –BELI ONLINE
Cincau
Kismis-BELI ONLINE
Laici dalam tin-BELI ONLINE
Nata de coco
Fruit cocktail
Buah-buahan segar

CARA-CARA HIDANG:

1. Keluarkan puding daripada bekas/acuan. Letakkan ke dalam bekas/mangkuk besar.

 

2. Tambahkan bahan hiasan. Kemudian tuangkan kuah. Sedia untuk dinikmati.

Sumber kredit: Nor Fazida Gda

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN