Sedapnya Kek Lumut Kukus Ini. Gebu & Lembut Tak Terkata!

Share

Jika anda peminat kek kukus, anda memang perlu cuba resipi kek lumut kukus yang dikongsi oleh saudari Nor Hairiyah Hassim ni. Nampak sedap kan? Menurut pemilik resipi, kek ini jika makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

KEK LUMUT KUKUS

 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur (gred A)
  • 250gm mentega tanpa garam ( unsulted butter – empunya resipi guna buttercup sahaja)
  • 1 tin susu pekat manis – beli online DISINI
  • 1 tin horlicks
  • 1 cawan kaya – bekas kecil
  • 1/2 tin nestum – kisar
  • 1 tin tepung gandum – beli online DISINI
  • 1 sudu teh esen vanilla – beli online DISINI
  • 3 sudu makan perisa pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

( untuk sukatan tin, guna tin susu pekat manis)

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Setiap sebiji telur dimasukkan, putar dalam 2 minit
  2. Masukkan esen vanilla, perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi hingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan susu pekat manis, horlicks, kaya dan nestum.
  4. Tambahkan juga tepung gandum yang telah diayak. Gaul hingga semua bahan sebati.
  5. Tuang adunan Kek Lumut ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Jangan tuang sampai penuh sebab kek ini akan naik walaupun ia tak guna bahan penaik.
  6. Tutup kek menggunakan aluminium foil atau plastic wrap. Hentak sikit loyang bagi mengeluarkan gelembung udara.
  7. Panaskan air dalam periuk kukusan, letak loyang dan kukus guna api sederhana selama 3-6 jam. ( empunya resipi kukus selama 3 ½ jam sahaja.
  8. Sejukkan kek dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nor Hairiyah Hassim

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN