Sedapnya Ayam Masak Merah, Rasa Macam Lauk Di Tempat Kenduri

Share

Ayam masak merah sedap juga dinikmati dengan nasi hujan panas. Kalau teringin, tak perlu pergi jauh.  Masak sendiri saja pun dah dapat menikmatinya.

Nak buat ayam masak merah yang sedap dan mudah? Ikuti perkongsian resipi daripada Nazri Mat Zain ini. Cukup rasa pedas, masam, manis dan masinnya. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga yang besar ataupun untuk acara jamuan. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

5 ekor ayam

12 biji bawang besar* – Boleh beli online di sini

2 ½ labu bawang putih*

14 batang serai*

200g lengkuas* – Boleh beli online di sini

250g halia*

2 sudu besar jintan manis* – Boleh beli online di sini

8 biji buah keras* – Boleh beli online di sini

Cili kering (rebus dan toskan) – anggaran 1 jag pengisar untuk 5 ekor ayam

2 biji bawang besar (dihiris membulat untuk bahan sampingan)

Daun sup

Daun bawang

1 tin susu cair – Boleh beli online di sini

1 tin tomato puri – Boleh beli online di sini

1 tin sup tomato – Boleh beli online di sini

1 tin kacang pis 

Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)

Garam

Gula

Serbuk perasa Ajinomoto – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan garam dan kunyit.

Gorengkan ayam dan toskan. Tapi jangan goreng terlalu garing.

Kemudian, kisarkan bahan yang bertanda (*).

Tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan menggunakan minyak menggoreng ayam tadi.

Kemudian, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.

Setelah itu, masukkan puri tomato, sup tomato, dan sos cili. Masak lagi hingga pecah minyak.

Masukkan pula garam, gula dan perasa Ajinomoto secukup rasa.

Kemudian, masukkan susu cair dan ayam yang telah digoreng tadi.

Perlahankan api dan biarkan mereneh seketika supaya ayam tersebut mesra bersama kuah.

Akhir sekali, masukkanlah bahan-bahan sampingan seperti bawang besar dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris.

Masukkan juga kacang pis. Kacau rata dan boleh diangkat. Siap.

Kredit: Nazri Mat Zain

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN