Sedapnya Ayam Bakar Cheese, Garing Kulitnya Berjus Isinya

Share

Sebut tentang ayam bakar, terdapat pelbagai bahan dan cara perapannya. Antaranya adalah Ayam Bakar Cheese. Gunakan Tatura Cheese untuk merasai kelazatannya. Cicah pula dengan sos blackpepper. Fuh, rasa seperti makan di restoran!

Jom ikuti resipi Ayam Bakar Cheese hasil perkongsian daripada Nor Maiza Abdullah ini. Memang nampak lazat dan menyelerakan. Jom kita cuba buat.

AYAM BAKAR CHEESE

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (saya belah butterfly)

Lemon

Serbuk kunyit

Minyak zaitun – Boleh beli online di sini

Sayuran 

¼ plastic cream

cheese Tatura* – Boleh beli online di sini

8 biji lada kecil (dicincang)*

5 biji bawang putih (dicincang)*

Oregano*

Thyme*

Rosemary*

CARA MEMASAK:

Gaul sebati bahan-bahan bertanda (*)  di atas.

Gunakan pisau yang tajam, masukkan dalam badan ayam lalu masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi ke dalam badan ayam.

Bagi ruang antara isi ayam dengan kulit untuk memudahkan menyumbat inti cheese tadi. Masukkan bahan cheese menggunakan spatula dan kemudian lurutkan cheese ke bawah.

Lebihan cheese tadi, campurkan dengan sedikit serbuk kunyit untuk beri warna dan letakkan sedikit minyak zaitun. Sapukan rata keliling ayam.

Ambil sebiji lemon dan potong nipis. Letakkan di atas dan bawah ayam. Letakkan kentang, lobak merah, capsicum dan cendawan butang di sekelilingnya.

Kemudian, bolehlah dibakar pada suhu 200C selama 1 jam 40 minit.

Satu jam pertama, saya tutup bahagian atas menggunakan foil. 40 minit selepas itu, saya tanggalkan foil untuk beri kulit ayam garing sedikit.

Hasilnya, ayam akan menjadi sedap dan berjus.

SOS BLACKPEPPER

1 biji bawang Holland

3 biji bawang putih

Serbuk lada hitam – Boleh beli online di sini

Butter

Tepung gandum

Sos tiram

Kicap pekat

Cendawan butang – Boleh beli online di sini

Kiub lembu (pilihan)

Full cream milk

CARA MEMASAK:

Cairkan butter. Saya campurkan dengan sedikit minyak zaitun.

Tumis bawang Holland dengan bawang putih.

Setelah agak layu, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga tak melekat pada kuali.

Kemudian, masukkan susu.

Setelah sebati, masukkan bahan-bahan lain. Kacau seketika.

Kemudian kisarkan semua sehingga hancur. Kemudian, masakkan semula sehingga mendidih.

Perasakan garam dan gula. Siap.

Kredit: Nor Maiza Abdullah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN