Sedap Sungguh Tengok Cheesy Layer, Makan Sejuk-Sejuk Memang Puas

Share

Wah, sedapnya tengok pencuci mulut yang disediakan Irna Harlina ni. Menyelerakan sungguh makan sejuk-sejuk dengan cuaca panas sekarang ni kan.

Menurut Irna Harlina, suaminya pun suka makan dessert cheesey layer sehingga sanggup belajar buat sendiri.

Nak buat pun mudah. Jom kita tengok resipinya.

CHEESY LAYER
(10bekas sq350)

BAHAN :

500g cream cheese
200g susu pekat manis – beli online di sini


500ml dairy whipping cream
250ml susu full cream / fresh milk
100ml air sejuk
Biskut marrie secukupnya – beli online di sini
Coklat ganache / filling buah-buahan

CARA-CARA:

1. Kacau cream cheese dan susu pekat manis sehingga tekstur cream cheese smooth dan tidak berketul.


2. Masukkan whipping cream dan kacau lagi sehingga adunan pekat dan agak kental.


3. Masukkan susu full cream dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Tambahkan air sejuk supaya adunan tidak terlalu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.

SUSUNAN BISKUT & LAPISAN CHEESE :

Cream Cheese -> Biskut marrie -> Filling -> Cream Cheese -> Biskut marrie -> Cream Cheese -> Filling (lorek-lorekkan)

 

*Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman lebih baik.

COKLAT GANACHE

200g coklat masakan – beli online di sini
150ml Dairy Whipping Cream

Piping bag – beli online di sini

CARA-CARA:

Panaskan sehingga cair sepenuhnya guna kaedah double boil (mangkuk coklat dalam pan berisi air panas, kemudian letak atas api)

Kredit resipi: Irna Harlina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN