Sedap Sampai Ke Tulang. Resipi Ikan Bakar Kuala Perlis Ni Patut Try

Share

Bagi yang pernah menikmati sajian Ikan Bakar Kuala Perlis, pasti teringat-ingat akan keenakan sajian ini. Cukup rasa rempah lemak, masin dan manisnya. Ditambah pula dengan bau arang, lagi menambah nikmat dan membuka selera. Nak cuba masak menu ini untuk keluarga? Saudari Yna Suman ada kongsikan cara-cara membuat perapan Ikan Bakar Kuala Perlis ni.

 

CARA MASAK IKAN BAKAR KUALA PERLIS YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan – jenis ikut cita rasa


1-2 sudu makan mentega @ marjerin – beli online disini
1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak masak @ minyak zaitun – beli online disini
Serbuk lada sulah secukupnya – beli online disini
Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini
Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini

 

Tonton DAPUR RASA LIVE Resipi Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung

 

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan belah belakang. Ketepikan. Jika bakar guna arang, sisik tidak perlu dibuang.

2. Dalam mangkuk, masukkan mentega atau marjerin, susu pekat manis, garam dan minyak masak dengan secukupnya.

3. Kemudian masukkan serbuk lada sulah serbuk lada hitam dan juga serbuk kunyit. Sebatikan.

4. Lumur bahan perapan pada ikan hingga sebati.

5. Pada masa yang sama, siapkan pemanggang. Kemudian bakar ikan hingga masak.

6. Ikan Bakar Kuala Perlis enak dimakan bersaa air asam atau dinikmati begitu sahaja.

INFO: Jika bakar ikan guna pemanggang ajaib atau ketuhar, ikan kena buang sisik dan tidak perlu belah belakang. Caranya adalah lumur ikan dengan bahan perapan dan balut menggunakan daun pisang atau aluminium foil. Kemudian bakar. Rasanya tetap sama.

Kredit resipi & foto: Yna Suman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN