Sedap! Resipi Keli Bakar, Air Asam Kerisik & Kacang Panjang Tumis

Share

Belum ada idea nak masak apa untuk keluarga hari ini? Menu Ikan Keli Bakar, Air Asam Kerisik dan juga Kacang Panjang Tumis antara yang boleh anda cuba. Hidangannya sangat ringkas dan mengikut selera orang Malaysia. Memang puas bila menjamahnya. Jomlah cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni! Kalau tidak suka ikan sungai, boleh sahaja gantikan dengan ikan kegemaran anda yang lain. Yang penting, kuah sambalnya sangat membuka selera.

 

CARA MASAK IKAN KELI BAKAR, AIR ASAM KERISIK & KACANG PANJANG TUMIS

 

IKAN KELI BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 ekor ikan keli – bersihkan & basuh dengan air asam jawa
  • Garam & serbuk kunyit – untuk kunyitkan ikan

BAHAN PERCIK SAMBAL:

  • 15-18 tangkai cili kering beli online disini
  • 1 biji bawang besar beli online disini
  • 2-3 ulas bawang putih beli online disini
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • (kisar semua bahan diatas ini)
  • 5 sudu makan minyak masak – campur dalam bahan yang siap dikisar

CARA MEMASAK:

1.Bakar ikan. Bila ikan sudah hampir masak, sapukan sambal pada ikan.

2. Teruskan bakar ikan hingga sambal dan ikan masak dengan sempurna.

3. Angkat dan hidangkan segera.

 

AIR ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 1 biji cili merah – hiris nipis
  • 1 biji tomato – hiris
  • 15 biji cili padi – hiris
  • 1 inci belacan beli online disini
  • 1 paket kecil kerisik beli online disini
  • 1/2 cawan air asam jawa beli online disini
  • 1/2 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit perasa jika suka

CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan.

2. Gaul dan ramas-ramas sedikit. Sesuaikan rasa. Siap.

 

KACANG PANJANG TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai kacang panjang – potong serong
  • Sedikit hati dan pedal ayam
  • 1/2 cawan air asam jawa – cair
  • Sedikit serbuk kunyit beli online disini
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji cili merah hiris – hiasan
  • 1 senduk minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS:

  • 7-8 biji cili padi – belah tengah jangan sampai putus
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • Sedikit halia – hiris nipis

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau.

2. Masukan serbuk kunyit dan air asam jawa, garam dan gula. Tumis hingga betul-betuk naik minyak.

3. Masukkan hati dan pedal. Kacau hingga hati dan pedal masak.

4. Masukkan kacang panjang dan 1/2 cawan air.

5. Bila sudah menggelegak ganas, masukkan cili merah untuk hiasan.

6. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN