Sedap & Mudah. Ini Resipi Udang Nestum Paling Simple

Share

Sedapnya Udang Nestum. Resipi perkongsian saudari Nor Azian Iskandar ni tak guna banyak bahan tapi lihatlah hasilnya, nampak sangat menakjubkan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyajikan sajian istimewa untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI UDANG NESTUM SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 45 ekor udang saiz sederhana – goreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 biji cili merah/cili api – tumbuk
  • 2 sudu makan mentega
  • 6 sudu makan nestum
  • 2 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang dan goreng salut tepung terlebih dahulu. Ketepikan.


2. Panaskan kuali guna api sederhana dan cairkan mentega. Elak guna api besar kerana mentega akan hangus.


3. Tumis daun kari hingga naik bau.


4. Kemudian masukkan pula bawang putih dan cili yang ditumbuk. Tumis lagi hingga keperangan.


5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.


6. Masukkan nestum. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.


7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nor Azian Iskandar

IKLAN