Buat Sendiri Kuih Bakul Homemade Sempena Tahun Baru Cina

Share

Homemade dan halal. Sedapnya! Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum untuk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul  yang dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bagi anda yang nak cuba buat sendiri, resipi Kuih Bakul homemade perkongsian saudari Hidjrah Ali ni boleh dicuba.

 

RESIPI KUIH BAKUL HOMEMADE HALAL

 

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.

2. Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)

6. Didihkan air dalam periuk kukusan dan kecilkan api.

7. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.

8. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

9. Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hidjrah Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN