Sedap Betul Bubur Candil Tepung Pulut, Makan Tak Sedar Habis Semangkuk

Share

Bentuknya bulat-bulat. Teksturnya kenyal-kenyal. Rasa kuahnya pula lemak manis. Memang nikmat sungguh menikmati bubur candil ni.

Cara membuatnya pun tidaklah susah. Cuma kena rajin sebab nak menggentel bulat-bulat tepung pulut tu menuntut kesabaran.

Jom try buat!

BUBUR CANDIL TEPUNG PULUT

BAHAN-BAHAN
180 gram tepung pulut
1/2 susu kecil garam
3/4 cawan air
3 cawan air
160 gram gula melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
100 ml santan
1 cawan air
1/4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Resipi ini sesuai untuk 3 orang.

 

CARA MEMBUAT

1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut, garam dan 3/4 cawan air. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit lagi. Uli gunakan tangan sehingga menjadi doh.
2. Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh. Ketepikan.

Bulat-bulatkan sebesar ini.
Buat bulat-bulat sehingga habis doh.

3. Dalam periuk, masukkan 3 cawan air. Hidupkan api. Masukkan gula melaka dan daun pandan. Kacau-kacau supaya gula melaka cepat larut.
4. Keluarkan daun pandan. Biarkan air gula mendidih. Masukkan doh bulat-bulat tadi. Biarkan.

Masukkan doh bulat-bulat dalam air gula.

5. Dalam mangkuk kecil, satukan tepung jagung an 2 sudu besar air. Kacau. Masukkan dalam periuk berisi doh dan air gula tadi. Kacau dan biarkan mendidih dan memekat. Matikan api dan ketepikan.
6. Masak kuah santan pula. Dalam kuali, masukkan santan, air, garam dan daun pandan. Kacau sebati.

Kuah santan.

7. Masukkan tepung jagung dan air. Kacau. Masukkan dalam santan. Kacau lagi. Matikan api.

CARA PENYEDIAAN
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bubur candil.
2. Kemudian, tuangkan kuah santan.
3. Sedia dinikmati.

Sedapnya!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton dalam video ini.
https://youtu.be/C2_EbFaAWnA

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali melalui Rasa Share Resipi

IKLAN