
Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.
Cuma kali ini resipi yang dikongsi agak berbeza mengikut cara orang Pattani, Thailand. Warnanya putih sama tapi kuahnya lebih berlemak dan pekat kerana dimasukkan sekali dengan kelapa parut.
Bagi yang nak rasa kesedapan berbeza sayur lemak putih boleh ikut resipi perkongsian Mizah Ngatiman ini.
Sayur Lemak Putih Cara Orang Pattani

Bahan-bahan
4 batang timun muda -dikelar kulit dan dibelah empat
Udang secukupnya
3 ekor ikan kembung/selayang
2 inci lengkuas
1 biji bawang merah besar
2 tangkai cili merah
3 sb kelapa parut mentah
3 sb kelapa parut goreng
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak
1. Rebus ikan hingga masak. Angkat dan tos. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan.
2. Tumbuk lengkuas, diikuti dengan kelapa parut mentah dan kelapa parut goreng. Tumbuk sekali isi ikan dan akhir sekali bawang. Tumbuk semua bahan ini hingga lumat.

3. Masukkan bahan tumbuk dalam kuali atau periuk kemudian masukkan sediki santan. Kacau rata supaya tak berketul. Selepas itu barulah buka api.
4. Tuang semua santan dalam kuali, masukkan gula dan garam. Rasakan kuah lemak dan manis secukupnya. Biar kuah mendidih manja.

5. Masuk timun dan sentiasa kacau kuah hingga timun sedikit layu.
6. Akhir sekali masuk udang dan cili. Selepas mendidih tutup api. Jika mahu timun lembut biarkan lama lagi mendidih.


Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Goreng Cendawan Inoki, Layan Ni Kalau Buat.

Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai bebelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan enoki
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan madu
- 1/2 sudu makan jus lemon
- Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.

LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.

LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.

LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.
Tujuh Sajian Kampung 20 Laman Café, Ubat Kerinduan Desa Tercinta

Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli, pastinya meggamit kenangan di desa tercinta. Bahan ramuan yang ringkas, jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda.

Pemilik 20 laman cafe, Bariyah Abd Aziz berkongsi resepi yang mempunyai pengaruh kuat sajian dari kampung halamannya Rembau. Negeri Sembilan.
- MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik salai
- 4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat
- 2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat
- 2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja
- 4 keping asam keping
- 4 batang serai /diketuk
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
- Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.
- Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
- Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.
- Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.
- Masakan sudah sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan aroma dan kesedapan yang memikat selera
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
- SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
- Goreng terung pipit sebentar.
- Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
- Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
- Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
- Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
- Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
- AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam
- 2 biji kentang /dipotong nipis memanjang
- 2 biji cili hijau/dihiris nipis
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 sudu makan pes cili kering
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air
- 4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
- 2.5 sm halia/ditumbuk
- Gula dan garam secukup rasa
- Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK :
- Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.
- Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.
- Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.
- Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.
- Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.
- Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika
- Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.
- Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ayam masak kicap tidak mudah basi dan tahan lama
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
- IKAN CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan cencaru
- 2 biji cili merah/ditumbuk
- 8 biji cili api/ditumbuk
- 1/2 biji bawang besar/dihiris
- Sedikit belacan/ 2 sm
- 1 biji limau kasturi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
- Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
- Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
- Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
- Goreng sehingga masak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
- IKAN KELI GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan keli
- 2 biji cili merah/ditumbuk halus
- 10 biji cili api/ditumbuk halus
- 1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
- Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
- Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
- Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
- KERABU DAGING SALAI

BAHAN-BAHAN :
- 500 gm daging /yang telah dihiris nipis
- 1 biji bawang besar/dihiris membulat
- 5 biji cili api/dihiris
- 1 batang serai/dihiris nipis
- 2 biji limau kasturi
- Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
- Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Campur dan gaul, tanpa memasak
Jenis masakan : Sajian pembuka selera dan juga lauk
Keistimewaan : Rasa masam manis dan aroma serai menjadi pembuka selera
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
- SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN :
- 2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
- 250 gm ikan bilis/ secukupnya
- 3 sudu makan pes cili kering
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
- 1 asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.
- Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.
- Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Resipi : Bariyah Abd Aziz
Terima kasih : 20 lamancafe, No 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor
Cara-Cara Hasilkan Sayur Jeruk Secara Homemade. Dijamin Bersih & Halal.

Anda suka makan sayur jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, sayur dibeli di pasar. Kini, anda boleh hasilkan sayur jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Pasti sedap.
SAYUR JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 1 besen sayur Kai Choy
- 2 sudu makan gula merah
- 1 genggam nasi sejuk
- 1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.

2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.
3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.

4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.

5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

